Utusan Borneo (Sabah)

Panasonic rancang labur RM300 juta bagi industri 4.0

-

SHAH ALAM: Panasonic Group di Malaysia merancang melabur RM300 juta dalam automasi dan meningkatk­an kemahiran kakitangan dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menerima pakai Industri 4.0 dan mengurangk­an pergantung­an kepada pekerja asing.

Buat permulaan, Panasonic Manufactur­ing Malaysia Bhd (PMMA), Panasonic Appliances Air Conditioni­ng Malaysia Sdn Bhd, Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd dan Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn Bhd in Shah Alam akan terlibat dalam inisiatif itu.

“Kami memahami yang dalam Belanjawan 2019, kerajaan memperuntu­kkan kira-kira RM210 juta bagi membangunk­an Industri 4.0.

“Kami berharap mendapat sedikit sokongan daripada kerajaan,” kata Pengarah Urusan Panasonic Management Malaysia Sdn Bhd, Cheng Chee Chung kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 Panasonic Manufactur­ing Malaysia.

Kumpulan itu juga meraikan penyiapan tiga kemudahan baharunya, bangunan pentadbira­n baharu PMMA, kemudahan Penyelidik­an dan pembanguna­n baharu Panasonic Appliances Research and Developmen­t ( R&D) Asia Pacific Sdn Bhd, dan hab logistik dan rumah gudang baharu Panasonic Appliances Air Conditioni­ng Malaysia Sdn Bhd yang dibina dengan kos RM50 juta.

Cheng, yang juga Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) berkata 23 syarikat Panasonic di Malaysia mencatatka­n RM16.3 bilion atau 1.32 peratus daripada keluaran dalam negara kasar negara tahun lepas.

Panasonic Malaysia merupakan cabang jualan, perkhidmat­an dan pemasaran kumpulan itu bagi jenama produk elektrik dan elektronik Panasonic di Malaysia.

Beliau berkata Panasonic Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran perolehan RM1.78 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2019.

 ??  ?? INDAH: Orang ramai melawat lampu Krismas dan paparan mengenai perayaan Krismas di depan Kasion Monte-carlo pada 7 Disember lepas di MNonaco.
INDAH: Orang ramai melawat lampu Krismas dan paparan mengenai perayaan Krismas di depan Kasion Monte-carlo pada 7 Disember lepas di MNonaco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia