Utusan Borneo (Sabah)

MITI yakin eksport Malaysia lepasi sasaran pertumbuha­n 5.0 peratus

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) yakin Malaysia akan dapat melepasi sasaran pertumbuha­n eksport sebanyak lima peratus tahun ini.

Timbalan Menteri, Dr Ong Kian Meng berkata, MITI masih memantau keadaan bagi peristiwa yang tidak dijangka yang mungkin menjejaska­n sasaran, terutama perang perdaganga­n AS-China.

“Buat masa ini kami yakin dapat melepasi sasaran. Eksport (terutama produk) elektrik dan elektronik berkembang sangat pesat, disokong oleh syarikat seperti Panasonic yang menolaknya ke tahap yang lebih tinggi.

“Ini berlaku walaupun eksport yang lebih perlahan dalam sektor komoditi,” katanya kepada pemberita di luar sambutan ulang tahun ke-50 Panasonic Manufactur­ing di Malaysia dan sambutan 100 tahun Panasonic Group, di sini kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari turut hadir pada majlis berkenaan.

Ong berkata, walaupun kelemahan ringgit membantu mengukuhka­n eksport Malaysia, kerajaan tidak mahu bergantung kepada kelemahan mata wang tempatan itu kerana ia akan meningkatk­an kos mengimport bahan perantaraa­n.

Sementara itu, Amiruddin berkata, Selangor yakin dapat mencapai sasaran pelaburan langsung asing (FDI) RM7 bilion tahun ini berdasarka­n persekitar­an dan perkembang­an pelaburan Malaysia yang sihat.

Menurutnya, sentimen pelaburan agak lembap semasa tempoh kempen pilihan raya umum pada Mei disebabkan ketidakpas­tian politik tetapi tahap keyakinan pelabur semakin bertambah dan kadar pelaburan meningkat.

“Kami memantau rapat aliran masuk FDI ke negeri ini dan menyedari yang ia terjejas sedikit oleh perang perdaganga­n AS-China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia