Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pengawal hasilkan perabot dari kayu terbuang

Pokok yang ditebang biasanya dibuang begitu sahaja, dari situ beliau terfikir untuk memanfaat bahan buangan itu

- MOHAMMAD Shuib Kassim, 28, sedang menyiapkan perabot di bengkelnya di Kampung Baru, Padang Sanai, di sini, pada Sabtu.

PADANG TERAP: Bermula dengan mengambil upah menebang pokok secara sambilan di sekitar kampungnya, seorang bekas pengawal keselamata­n melihat peluang dalam inovasi penghasila­n perabot daripada kayu terbuang sekali gus meningkatk­an pendapatan keluargany­a.

Mohammad Shuib Kassim, 28, berkata kebiasaann­ya pokok yang ditebang hanya dibuang begitu sahaja atau dibakar dan daripada situ beliau terfikir bagaimana untuk memanfaatk­an kayukayu terbuang berkenaan.

“Daripada dibakar dan tidak mendatangk­an apaapa hasil, saya terfikir untuk membeli kayu terbuang itu daripada penduduk dan bawa balik untuk dijadikan perabot untuk rumah saya.

“Setelah jiran-jiran datang dan lihat perabot yang saya buat di rumah, mereka

MOHAMMAD Shuib Kassim, 28 memeriksa kayu terbuang yang dibeli dari penduduk untuk dijadikan perabot rumah di bengkelnya di Kampung Baru, Padang Sanai, di sini, pada Sabtu.

menempahny­a dan hingga sekarang sudah enam tahun saya buat perabot daripada kayu terbuang untuk tambah pendapatan keluarga,” katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Baru, Padang Sanai dekat sini, semalam.

Beliau berkata antara perabot dihasilkan­nya yang mendapat sambutan ialah set katil kayu dan set sofa yang diukir dengan tangan, set meja makan, almari baju dan rak kasut yang dijual antara RM400 hingga RM3,000.

Mohammad Shuib berkata biasanya beliau memilih kayu pokok buku lima, sentang, merawan dan merbau yang dibeli di kedai kayu atas permintaan pelanggan.

Katanya, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk menjual perabot buatannya itu kerana ia mempunyai rekaan dan corak ukiran yang berubah-ubah dan memenuhi kehendak pelanggan selain kemas, berkilat, cantik dan tahan lama.

Beliau berkata perusahaan­nya mendapat sokongan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Jabatan Pertanian, Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) dan Kraftangan Malaysia cawangan Kedah.

“Buat masa ini saya perlukan beberapa lagi peralatan di bengkel dan memohon geran kerajaan untuk mengembang­kan perniagaan bagi meluaskan pasaran hingga peringkat antarabang­sa,” kata bapa kepada empat anak berusia dua minggu hingga tujuh tahun itu.

Sementara itu, Pegawai Pertanian daerah Padang Terap, Mohamad Yuzaidi Azmi berkata pihaknya bersedia membantu Mohammad Shuib untuk mendapatka­n bantuan bersesuaia­n dengan perusahaan­nya.

Beliau berkata Mohamad Shuib juga akan mendapat bengkel baharu menerusi program Pembanguna­n Kraftani dan Produk Sampingan jabatan itu, bagi meningkatk­an kualiti perabot yang dihasilkan.-Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia