Filem pendek seram

Cabar mental dan fizikal ahli produksi

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

MOMISOK’ merupakan sebuah filem pendek karya Thriwalk Production yang bergenre thriller-seram dan bakal ditayangkan di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 12, 13 dan 14 Disember ini.

Filem pendek ini mengisahkan tentang dua orang sahabat karib, iaitu Idus dan Igama yang tinggal di kampung yang sama.

Pada masa yang sama, ‘Momisok’ juga memasukkan unsur adat kematian kaum KadazanDusun di Sabah pada malam ke-7 setelah pemergian si mati.

Pengarah Produksi, Mirlen Axtius berkata, penghasilan filem pendek ‘Momisok’ sangat mencabar dari segi mental, fizikal dan juga rohani ahli produksi.

Terutama sekali dalam merealisasikan babak momisok kerana penggambaran dilakukan pada malam hari. Perkara ini merupakan salah satu usaha mereka dalam mengekalkan elemen-elemen yang membantu dalam menjaga keaslian dalam penghasilan footage.

Menurutnya lagi, sepanjang berlangsungnya penggambaran ‘Momisok’, banyak perkara aneh yang berlaku di lokasi. Suatu peristiwa yang tidak boleh dilupakan adalah apabila mereka secara tidak sengaja ‘menangkap’ kelibat makhluk dalam foto.

Pelakon yang sepatutnya berada dalam gambar itu, berubah penampilannya sama sekali. Namun begitu, peristiwa-peristiwa sebegini tidak pernah melunturkan semangat mereka dalam meneruskan penggambaran.

Selain itu, Erna Ahmad Dia (Set & Props) juga mengatakan bahawa faktor lokasi penggambaran adalah antara penyumbang kepada cabaran yang mereka hadapi.

Rumah yang menjadi lokasi utama itu terletak di atas bukit dan tidak mempunyai sumber elektrik. Oleh itu, mereka perlu memastikan segala kelengkapan berada dalam keadaan baik sebelum bertolak ke lokasi.

Hal ini juga menimbulkan cabaran dari segi pencahayaan semasa penggambaran yang berlangsung pada sebelah malam. Kru produksi mengambil inisiatif untuk menggunakan lampu buatan sendiri berserta lampu LED yang dipinjam daripada Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (Blok Seni), UMS.

Bukan itu sahaja, mereka juga telah berkerjasama dalam membina keranda untuk membantu perjalanan penggambaran. Props ini merupakan antara elemen yang menjadi simbolik di dalam filem pendek ‘Momisok’.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang berlangsungnya penggambaran, kru

MIRLEN AXTIUS (PENGARAH PRODUKSI)

dan pelakon Thriwalk Production tetap semangat dalam meneruskan apa yang telah dimulakan.

Mereka melihat ini sebagai sesuatu yang positif kerana ia membantu mereka dalam berfikiran kritis dalam menyelesaikan sebarang masalah.

Semua ini merupakan usaha mereka dalam menjayakan filem pendek yang bakal ditayangkan secara umum pada Disember ini.

Justeru, orang ramai dijemput datang untuk menyaksikan tayangan filem pendek Momisok’. Para penonton sudah boleh mendapatkan tiket yang dijual mengikut Pakej A, Pakej B dan juga Pakej C.

ERNA AHMAD DIA (SET DAN PROP)

CABARAN persediaan pencahayaan.

PERSEDIAAN pencahayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.