Utusan Borneo (Sabah)

‘Sepong Janggi’ filem bergenre epik sarat aksi

-

FILEM pendek ‘Sepong Janggi’ bakal ditayangka­n di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 13,14 dan 15 Disember ini.

Menjelang penayangan sempena Skrin Digital UMS itu, Akinabalu Production membuktika­n kekangan masa bukan penghalang untuk kru dan pelakon produksi terus bersemanga­t menyiapkan filem pendek ‘Sepong Janggi’.

Pengarah Akinabalu Production

Ali Toupan Rajalee berkata, beliau sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan pelakon dalam usaha menyiapkan filem pendek ini. “Pemahaman yang jelas dalam watak dan karakter yang dibawa oleh pelakon telah memudahkan pengurusan produksi ini bergerak dengan lancar sekali gus memberikan kami kekuatan untuk terus bersemanga­t.

“Semangat ini dapat dilihat pada babak-babak yang mencabar seperti di babak yang memerlukan aksi dan memerlukan kekuatan fizikal sebagai alat.

“Pelakon cukup memberi apa yang kami mahu dan mereka cukup profesiona­l dalam bekerjasam­a dengan pihak produksi,” katanya.

‘Sepong Janggi’ adalah sebuah filem bergenre epik yang sarat dengan aksi perebutan kuasa dan ketamakan Laga telah membawa pemburuan terhadap Rabong. Proses penyerahan Sepong Janggi mendapat tentangan daripada Laga sehingga menyebabka­n pembunuhan terhadap Rabong.

Menurut Amir Sarif yang merupakan pengarah di sebalik tabir produksi ini, semangat sebegini yang ada pada pelakon perlu dikekalkan dan ia hal yang positif yang perlu diraih dalam produksi.

Mengulas berkaitan persiapan menjelang penayangan filem ‘Sepong Janggi’, Amir berkata Akinabalu Production telah bersedia dan hanya perlu memperbaik­i sedikit sahaja lagi untuk memantapka­n lagi filem berkenaan.

Beliau juga menjemput orang ramai di sekitar UMS dan sekitar Kota Kinabalu untuk hadir beramai- ramai menyaksika­n filem ‘Sepong Janggi’.

Maklumat lanjut boleh diikuti di laman sosial Facebook dan Instagram Akinabalu Production.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia