Paris perketat langkah keselamatan susulan protes ‘ves kuning’
Susulan protes ‘ves kuning’ yang dikhuatiri menjadi ganas untuk hujung minggu kedua berturut-turut
PARIS: Paris berada dalam keadaan sangat berjagajaga semalam dengan beberapa langkah utama keselamatan dilaksanakan sebelum protes “ves kuning” yang baharu yang dikhuatiri oleh pihak berkuasa akan menjadi ganas untuk hujung minggu kedua berturutturut.
Beberapa kedai, muzium, stesen metro dan Menara Eiffel telah dijangka akan ditutup, sementara perlawanan bola sepak peringkat utama dan pertunjukan muzik telah dibatalkan.
Bandar raya Perancis mengalami rusuhan terburuknya sejak beberapa dekad pada hujung minggu lepas, dalam keadaan yang mengejutkan negara dan menjerumuskan kerajaan Presiden Emmanuel Macron’ ke dalam krisis paling dalamnya setakat ini.
Menteri dalam negeri Perancis Christophe Castaner menyatakan beliau menjangkakan “hanya beberapa ribu orang” akan berkumpul di ibu negara selepas seramai 8,000 penunjuk perasaan dikira pada hujung minggu lepas, “namun di kalangan mereka terdapat individu sangat kejam.”
Sepanjang tiga minggu lepas telah melihat kelahiran seorang raksasa yang telah terlepas daripada perhatian penciptanya,” kata beliau, sambil menambah bahawa operasi keselamatan “berskala besar” akan dilancarkan semalam.
Beliau berjanji “tiada tolak-ansur” terhadap mereka yang merancang untuk menimbulkan kemusnahan dan kekecohan seterusnya, selepas beberapa kenderaan telah dibakar, kedai-kedai dijarah, dan tugu peringatan perang Arc de Triomphe telah dimusnahkan Sabtu lepas.
Petang kelmarin Perdana Menteri Edouard Philippe telah menemui satu delegasi bagi anggota ves kuning “sederhana” yang telah menggesa orang ramai agar tidak menyertai bantahan.
Selepas pertemuan, seorang jurucakap pergerakan itu, Christophe Chalencon, menyatakan perdana menteri telah “mendengar kepada kami dan berjanji akan membawa permintaan kami kepada presiden.”
“Sekarang kami menunggu En. Macron. Saya berharap beliau akan bercakap kepada rakyat Perancis seperti seorang bapa, dengan kasih sayang dan rasa hormat serta beliau akan melakukan keputusan yang teguh,” jelas beliau.
Philippe menyatakan 8,000 anggota polis akan dikerahkan di Paris daripada 89,000 orang di seluruh negara, dan bahawa 12 kenderaan berperisai akan dikerahkan yang pertama di ibu negara.
Kedai-kedai di sekitar dataran terkenal ChampsElysees, pusat utama bagi ketegangan pada minggu lepas sedang sibuk menutup tingkap mereka dan menyimpan semua barangan kelmarin.
Sebahagian dari bandar akan berada dalam keadaan terkurung.
Pihak pengurusan mercu tanda seperti Menara Eiffel dan muzium Louvre serta Orsay menyatakan mereka akan ditutup, bersama dengan beberapa rumah opera, teater, perpustakaan dan pusat beli-belah utama.
Kerajaan luar negara sedang memerhatikan perkembangan itu secara rapat di salah satu dari bandar-bandar paling sering dikunjungi di dunia.
Kedutaan AS mengemukakan satu amaran kepada rakyat Amerika di Paris bagi “memastikan satu keadaan yang kurang menyerlah dan menjauhi orang ramai”, sementara Belgium, Portugal dan Republik Czech menasihati rakyat yang merancang untuk melawat Paris pada hujung minggu agar menangguhkan lawatan mereka.
Dalam satu amaran bagi keganasan yang berlaku, seorang AP bagi parti Macron, Benoit Potterie, telah menerima kiriman sebutir peluru kelmarin dengan kenyataan: “Lain kali ia akan berada di antara mata kamu”.
Panggilan di dalam media sosial kepada penunjuk perasaan agar menyerang polis atau berarak ke istana presiden telah mengejutkan pihak berkuasa.
Macron pada minggu ini telah menyerah kepada sebahagian dari permintaan penunjuk perasaan untuk membantu golongan miskin dan kelas pertengahan, termasuk menghentikan satu peningkatan yang dirancangkan bagi cukai minyak dan membekukan harga elektrik dan gas pada tahun 2019.
Namun pihak “ves kuning”, ramai daripada mereka telah menjadi semakin radikal, sedang mengharapkan lebih banyak lagi.
Dinamakan sempena dengan jaket keselamatan yang mudah dilihat dipakai oleh penunjuk perasaan, mereka mula menghalang jalan raya, depoh minyak dan pusat beli-belah di sekitar Perancis pada 17 November bagi peningkatan harga minyak pada tahun ini.
Sejak itu pergerakan itu berkembang menjadi satu bantahan yang lebih meluas menentang polisi ekonomi Macron dan pendekatan beliau terhadap kuasa.
Bantahan di beberapa sekolah bagi syarat kemasukan universiti yang terlalu tegas, dan satu permintaan oleh peladang untuk tunjuk perasaan pada minggu depan, telah menambahkan kepada satu keadaan untuk sebuah kerajaan di bawah pengepungan.
Castaner menganggarkan kelmarin bahawa 10,000 orang telah mengambil bahagian di seluruh negara.
Penunjuk perasaan menuduh presiden haluan tengah sebagai memihak kepada golongan kaya dan penduduk bandar berbanding dengan mereka yang cuba untuk hidup di kawasan luar bandar yang bergantung kepada kereta dan pekan-pekan kecil di Perancis. Ramai yang meminta agar beliau meletakkan jawatan.
Bekas pegawai bank pelaburan berusia 40 tahun, digelar sebagai “presiden bagi golongan kaya” oleh pengkritik, setakat ini telah memutuskan untuk melaksanakan semula “cukai harta” terhadap mereka yang berpendapatan tinggi, mempertikaikan ia adalah perlu bagi meningkatkan pelaburan dan membentuk peluang pekerjaan. — AFP