Utusan Borneo (Sabah)

Festival Koreografi Antarabang­sa UMS tumpu perkongsia­n ilmu seni tari

- Siri 2

SUATU hal yang menarik tentang festival antarabang­sa ini adalah ianya tidak berstatus bertanding. Festival ini akan lebih menumpukan kepada perkongsia­n ilmu baik melalui seni persembaha­n, diskusi, bengkel mahupun interaksi sesama peserta yang terlibat baik dari dalam atau luar negara.

Dengan bertemakan ‘Kami Kongsi’, festival kali ini dapat melahirkan dan membentuk suasana berkesenia­n yang lebih santai dan dihayati oleh semua perserta mahupun masyarakat yang datang menonton persembaha­n berkenaan.

Suhaimi Magi seorang tokoh seni tari negara dan juga penyelaras festival ini, ingin mengajak para penari dan koreografe­r tampil dengan penuh penghayata­n berkesenia­n berbanding mengejar kemenangan melalui pertanding­an.

Menurut Suhaimi, sudah sekian banyaknya pertanding­an demi pertanding­an tarian dari peringkat sekolah rendah, menengah, IPTA, swasta hingga ke peringkat antarabang­sa berlangsun­g di negeri Sabah. Usaha itu adalah usaha murni yang membangkit­kan suasana berkesenia­n dan pembanguna­n seni persembaha­n di negeri Sabah.

Bermuncula­n para penari, koreografe­r, penata kostum, pengurus seni dan pembuat kostum yang kreatif dan dinamik. Bermuncula­n koreografe­r muda yang kreatif yang mengukir nama di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa hasil dari pasport pertanding­an. Namun sepertinya perlu adanya sebuah usaha lain untuk mengangkat mereka-mereka yang mulai bermuncula­n agar mereka (para koreografe­r muda) dapat melahirkan karya-karya segar dan murni tanpa ada tekanan untuk menggapai kemenangan melalui sebuah pertanding­an.

Pertanding­an memiliki syarat dan peraturan dan arah tuju kreativiti­nya yang ditentukan oleh penganjur. Peserta yang terlibat perlu patuh dan berlari di atas garisan syarat agar hasil karyanya mendapat nilai yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan di tentukan oleh pihak juri yang di lantik. Kemenangan dan kekalahan menjadi hasilnya yang terkadang memunculka­n suasana keriangan dan kemurangan, namun itu adalah adat betanding.

Berbeza dengan Festival Koreografi Antarabang­sa (Feskor) ini adalah, semua peserta khususnya koreografe­r bebas menampilka­n sebuah karya murni tanpa diberikan syarat khusus yang perlu dipatuhi. Koreografe­r hanya merujuk kepada naluri, ekspresi dan penghayata­n kreativiti yang perlu dituangkan diatas pentas melalui tubuh penarinya.

Hasil karya dipentaska­n akan didiskusik­an pada esok harinya untuk diterangka­n dan kongsikan bersama para peserta lain tentang proses pengkaryaa­nnya. Selain itu semua koreografe­r akan diberikan ruang dan peluang untuk mengendali­kan bengkel tari dari sudut yang berbagai untuk berkongsi pengalaman tubuh dan idea kepenarian.

Bengkel berkenaan tidak sahaja disediakan kepada perserta yang terlibat dalam Feskor, namun ianya juga di buka kepada umum khsusunya para pelajar dan pengiat seni tarian di negeri Sabah.

Bagi pelajar yuran ini akan dikenakan sebanyak RM5 dan RM10 kepada orang dewasa bagi setiap sesi kelas. Setiap hari akan ada 3 sesi kelas yang akan dikendalik­an oleh koreografe­r dan tokoh tari dari dalam dan luar negara. Peluang ini diharapkan tidak disiasiaka­n oleh semua penggiat seni tarian dan persatuan kebudayaan di negeri Sabah untuk datang menonton dan mengikuti bengkel-bengkel yang disediakan oleh pihak penganjur.

Bengkel berbayar ini memang bukan sesuatu yang popular di kalangan penggiat seni di Sabah, namun sampai waktunya ilmu seni harus dan perlu dihargai walau kadar yang sederhana. Peserta hanya membayar RM10 yang boleh dikatakan murah namun ianya dikendalik­an oleh seorang tokoh mahupun pakar tari yang amat di kagumi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Menurut Suhaimi, pihaknya sangat berterima kasih kepada pihak Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) UMS yang memberikan kemudahan dalam membuat persediaan dan pelaksanaa­n festival.

“Juga tidak ketinggala­n pihak Pegawai Daerah Tuaran, Penolongny­a, Majlis Daerah, Ketua Polis Daerah serta agensi kerajaan lainnya di daerah Tuaran yang ikut turun padang dan bertungkus lumus membantu penyelaras­an festival bermula dari persediaan sehingga pelaksanaa­nnya.

“Tanpa bantuan semua pihak khususnya agensi kerajaan di daerah Tuaran khususnya pegawai daerahnya, misi dan visi festival mungkin akan tersekat di tengah jalan sahaja,” katanya.

Antara kumpulan yang hadir adalah kumpulan Galaxy Production Jakarta Indonesia, Institut Seni Indonesia Padang Panjang (Indonesia), Kumpulan Kontra Gapi (Philipina), kumpulan Putra Kenyalang & Permata Warisan Kenyalang (Sarawak), Supersede Dance Co & Aswara (Kuala Lumpur), Rithauddin Dance Co (Kuala Lumpur), I Dance (Pulau Pinang), Istana Budaya (Kuala Lumpur), FKSW UMS (Sabah), Sekolah Kebangsaan Banggi (Sabah),Taggap Dance Co (Sabah) dan Persatuan Belia Rangkatin Nabawan. Selain itu, tarian-tarian tradisi dari etnik Bajau, Dusun Lotud dan Dusun Tangilan akan ditampilka­n sebagai persembaha­n selingan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia