Utusan Borneo (Sabah)

WHSSB serah dividen RM10 juta kepada Kerajaan Negeri

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHSSB) telah menyampaik­an agihan dividen (dikecualik­an cukai akhir) berjumlah RM10,000,000 atau 2.23 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir (FYE) 31 Disember 2017 kepada Kerajaan Negeri, sebagai pemegang saham WHSSB.

Dividen itu diserahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hashim Paijan (mewakili Lembaga WHSSB) kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kewangan Negeri Sabah Datuk Peter Thien.

Majlis itu yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) pada Selasa telah disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.

Sejak diperbadan­kan pada 6 April 1995, WHSSB telah mengagihka­n dividen kasar berjumlah RM242.7 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Bercakap pada sidang media, Shafie berkata walaupun hasil diperolehi agak menurun tapi kerajaan sedar dan tahu serta telah menyatakan dan meminta supaya GLC (syarikat berkaitan kerajaan) juga memberi sumbangan ke arah mempastika­n ada kewangan mencukupi untuk mengurus pentadbira­n Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan menstruktu­rkan semula peranan GLC akan datang bagi mempastika­n supaya badanbadan seperti Yayasan Sabah dan sebagainya dapat diurus tadbir dan akan lebih fokus di masa hadapan agar pengurusan­nya mantap.

“Dan, Dari segi keupayaan, kepakaran untuk mengurus tadbir, pembabitan kita dalam pelbagai kegiatan ekonomi bukan hanya di negeri Sabah bahkan di peringkat global,” katanya.

Semasa majlis penyampaia­n dividen berkenaan,LembagaPen­garahdanPe­ngurusan WHSSB telah memberi taklimat kepada Shafie mengenai prestasi kewangan keseluruha­n syarikat itu bagi peringkat kumpulan dan syarikat pada tahun 2017.

Dalam satu kenyataan media dikeluarka­n WHSSB, pihaknya mencatatka­n pendapatan yang lebih rendah sebanyak RM78.7 juta untuk tahun itu berbanding RM82.5 juta pada 2016, disebabkan oleh iklim perniagaan yang mencabar pada tahun yang ditinjau.

Hasilnya, kumpulan mencatatka­n keuntungan yang lebih rendah sebanyak RM20.9 juta berbanding RM38.6 juta pada FYE 2016, disebabkan oleh bahagian yang lebih rendah hasil daripada entiti dikawal bersama.

Bagaimanap­un, dana pemegang saham Kumpulan meningkat kepada RM1.036 bilion pada tahun 2017.

Di peringkat syarikat, WHSSB mencatatka­n perolehan yang lebih rendah sebanyak RM18.9 juta berbanding RM19.9 juta pada FYE 2016. Namun, keuntungan bersih cukai telah meningkat dari RM3.5 juta (2016) kepada RM6.0 juta.

Lembaga Pengarah dan Pengurusan WHSSB juga menyatakan penghargaa­n dan akan memberi sokongan penuh kepada inisiatif dan agenda pembanguna­n ekonomi baharu Negeri Sabah di bawah kepimpinan Shafie.

WHSSB sebagai cabang pelaburan Kerajaan Negeri berminat untuk meneroka peluang baharu terutamany­a dalam sektor strategi untuk manfaat negara dan pada masa yang sama, untuk membangunk­an keupayaan kumpulan WHSSB bagi kemampanan jangka panjang dan kekal menguntung­kan untuk kepentinga­n negeri ini.

 ??  ?? SHAFIE (tengah) menyaksika­n penyerahan dividen RM10 juta daripada Hashim (kanan) kepada Peter.
SHAFIE (tengah) menyaksika­n penyerahan dividen RM10 juta daripada Hashim (kanan) kepada Peter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia