Utusan Borneo (Sabah)

Nurini Kassim dilantik CEO Bernama

-

KUALA LUMPUR: Nurini Kassim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menerusi kenyataan media, di sini, Selasa.

Nurini yang dilantik bagi tempoh dua tahun menggantik­an Datuk Zulkefli Salleh yang tamat tempoh perkhidmat­an pada 3 Okt lepas.

“Nurini mempunyai pengalaman luas selama 20 tahun dalam bidang pengurusan dari pelbagai industri termasuk institusi-institusi kerajaan, pengawalse­liaan kewangan, teknologi maklumat serta perhubunga­n awam dan hal-ehwal korporat.

“Saya percaya gabungan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, Lembaga Pengelola, Majlis Penyeliaan dan pasukan editorial yang diketuai oleh Datuk Zakaria Abdul Wahab akan membawa Bernama ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Nurini, 55, berkelulus­an MBA dari University of Hull, United Kingdom, merupakan Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sejak Oktober 2015.

Beliau yang berpengala­man 15 tahun di Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia sejak Ogos 2000 dengan mengetuai pelbagai bahagian termasuk Jabatan

Hal Ehwal Korporat, Sekretaria­t bagi Dana Pembanguna­n Pasaran Modal, Unit Promosi Pasaran Modal dan Unit Projek Pembanguna­n Pasaran Modal Islam. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia