Utusan Borneo (Sabah)

Khidmat kewangan patuh syariah

Komitmen kerajaan negeri kepada penjawat awam

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa komited menyediaka­n produk dan perkhidmat­an kewangan yang mematuhi syariah terutama kepada para penjawat awam.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, antara agensi kerajaan negeri yang menawarkan perkhidmat­an itu adalah Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (BHMFB) yang merupakan syarikat pengurusan skim pembiayaan perumahan.

Selama bertahun-tahun katanya, BHMFB telah membantu ramai keluarga di Sabah dan Sarawak untuk mencapai pemilikan rumah.

“Saya dimaklumka­n BHMFB menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an pembiayaan perumahan bagi memenuhi keperluan segmen pasaran tertentu terutama kakitangan awam negeri, kakitangan badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, syarikat dan agensi berkaitan kerajaan serta orang awam. “Kedudukan Borneo Housing adalah unik kerana ia adalah syarikat yang dimiliki bersama oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang mana, menunjukka­n kerjasama sebenar antara kedua-dua negeri. “Sejak penubuhan BHMFB pada tahun 1958, BHMFB telah mencatatka­n keuntungan yang baik dan menyumbang dividen setiap tahun kepada para pemegang saham, iaitu Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak,” katanya semasa melancarka­n Produk Perbankan Islam Borneo Housing Mortgage Finance Berhad dan Makan Malam Perayaan Ulang Tahun Ke-60 BHMFB, di sini pada Isnin.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Kewangan II,

“Sejak penubuhan BHMFB pada tahun 1958, BHMFB telah mencatatka­n keuntungan yang baik dan menyumbang dividen setiap tahun kepada para pemegang saham, iaitu Kerajaan Negeri Sarawak.” Sabah dan SARIFUDDIN HATT Pembantu Menteri Kewangan II (Membaca teks ucapan Ketua Menteri DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL)

Sarifuddin Hatta.

Shafie yang juga Menteri Kewangan turut berkata, BHMFB merupakan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan tertua dengan rekod prestasi yang progresif.

“BHMFB kini menawarkan pelbagai alternatif kepada produk dan perkhidmat­an perbankan konvension­al, dengan menyediaka­n lebih banyak pilihan untuk pelanggann­ya,”

Selain menyambut ulang tahun ke-60, BHMFB turut melancarka­n produk kewangan syariahnya iaitu Tawarruq Home Financingi; Tawarruq Term Deposit-i dan Wadiah Saving Accounti.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, Pengerusi Lembaga Pengarah BHMFB Tan Sri Amar Dr Abdul Aziz Husain dan Ketua Pegawai Eksekutif BHMFB Hwa King Nee.Penerangan

 ??  ?? SARIFUDDIN ketika melakukan gimik pelancaran produk baru Borneo Housing Mortgage Finance Berhad sambil diperhatik­an Hwa (kiri), Abdul Aziz (dua kiri) dan Hashim (kanan).
SARIFUDDIN ketika melakukan gimik pelancaran produk baru Borneo Housing Mortgage Finance Berhad sambil diperhatik­an Hwa (kiri), Abdul Aziz (dua kiri) dan Hashim (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia