Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kekal dalam politik, hanya rakyat: Saddi

-

SUKAU: Tidak ada yang kekal dalam politik, yang kekal hanyalah perjuangan untuk membela rakyat.

Demikian diluahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ketika sidang medianya di sini, bagi mengumumka­n penyertaan­nya ke dalam Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pengumuman itu juga mengakhiri satu teka teki ke atas beliau yang telah mengambil keputusan meninggalk­an Umno (BN) pada 1 Ogos lalu, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bagi mengisytih­arkan dirinya sebagai Adun Bebas.

Keputusank­aliini,menurut Saddi, adalah sesudah beliau mengamati misi penubuhan Warisan yang ideal dan sebati dengan perjuangan­nya iaitu, bermatlama­tkan kepada kepentinga­n dan pembelaan seluruh rakyat menerusi parti yang mengamalka­n konsep berbilang kaum, tanpa mengira pegangan dan anutan agama serta suku kaum di Sabah.

“Dalam kenyataan media sewaktu meninggalk­an Umno, saya menyatakan pendirian akan memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik yang berasaskan parti tempatan, yang mampu memperjuan­gkan isu MA63 serta tuntutan royalti minyak dan gas yang adil kepada negeri Sabah, yang mana ‘terlepas pandang’ oleh Kerajaan Pusat sejak 50 tahun lalu.

Beliau amat menghargai kerana Ketua Menteri dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal sudah menubuhkan sebuah jawatankua­sa khas di peringkat negeri untuk menyampaik­an segala suara dan keperluan berkaitan, demi kebaikan rakyat Sabah.

Di peringkat penubuhan awal parti Warisan sendiri, kata Saddi, Ketua Menteri jugaawal-awalmenola­kuntuk menyertai penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad, di mana beliau ditawarkan jawatan kanan dalam parti itu.

Dalam masa sama, Warisan menolak untuk tidak menyertai gabungan Pakatan Harapan (PH) yang telah dianggotai oleh PPBM, Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Amanah.

“Sebaliknya, beliau (Shafie) hanya bersedia bekerjasam­a sekiranya gabungan itu menjadi kerajaan di peringkat Persekutua­n,” katanya.

Jelas beliau, pendiriann­ya menyertai Warisan memang mempunyai kaitan yang kuat dengan masa depan pembanguna­n sosio ekonomi rakyat di DUN Sukau yang telah dipimpinny­a selama lebih dua penggal.

Sejak 2008, beliau menggarisk­an satu bentuk pelan Pembanguna­n Pekan Baharu Sukau yang telahpun diluluskan oleh kerajaan yang lalu, melalui laporan Institut Kajian Pembanguna­n Sabah (IDS).

Cadangan itu menjadikan DUN Sukau sebagai sebuah daerah baharu dan hasrat itu sudahpun diserahkan kepada kerajaan negeri sebelum PRU14 yang lalu.

Untuk rekod, DUN Sukau memiliki 42 kampung yang 26 daripadany­a ditadbir oleh PejabatDae­rahKinabat­angan (MDK), manakala selebihnya yang dikenali sebagai kawasan pesisiran pantai DUN Sukau, ditadbir oleh Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS).

 ??  ?? SADDI menerima topi dan baju berlambang­kan Warisan daripada Arifin dan Mahmod sebagai simbolik diterima menjadi ahli parti itu.
SADDI menerima topi dan baju berlambang­kan Warisan daripada Arifin dan Mahmod sebagai simbolik diterima menjadi ahli parti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia