Utusan Borneo (Sabah)

Annuar akui empat pemimpin Sabah jumpa PM minggu lalu

-

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengakui terdapat empat pemimpin Umno Sabah telah bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hujung minggu lalu. Beliau berkata dua daripadany­a adalah Anggota Parlimen dan dua lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah.

“Saya tidak tahu siapa yang keluar, saya tak boleh buat kenyataan, nanti kawan-kawan kecil hati, tetapi saya tahu siapa dia, bila, dan apa yang telah dibincangk­an.

“Saya boleh mengesahka­n kita ada perbincang­an beberapa hari lepas dengan beberapa ketua bahagian termasuk pengerusi perhubunga­n dan juga setiausaha perhubunga­n. Mereka turut menjelaska­n kepada saya permasalah­an yang mereka hadapi dan ia kelihatan agak kompleks,” katanya pada media di lobi Parlimen pada Selasa.

Annuar berkata sedemikian ketika mengulas mengenai laporan media yang menyebut Umno Sabah dijangka akan dibubarkan dan pengumuman­nya bakal dibuat pengerusi perhubunga­n negeri parti itu, Datuk Hajiji Noor pada Selasa.

Empat anggota Parlimen Umno dari Sabah dijangka keluar parti itu bagi menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Kerajaan Persekutua­n.

Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau mengikuti perkembang­an ini dengan hati yang terbuka kerana Umno tidak mempunyai sebarang ikatan atau kontrak seperti yang dibuat parti lain.

“Kita tidak ada kontrak, baiah serta ikatan-ikatan yang cuba menyekat wakil rakyat Umno terutamany­a berhijrah ke manamana parti.

“Satu aspek wakil rakyat kita terus dilamar. Kita terus dihubungi, diajak, dipujuk ,dilamar dan kita ambil sikap terbuka terpulang kepada wakil-wakil rakyat kita untuk membuat pendirian politik masing-masing.

 ??  ?? HAJIJI
HAJIJI
 ??  ?? ANNUAR
ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia