Utusan Borneo (Sabah)

Parlimen kecoh, mahasiswa tuntut kerajaan mansuh Seksyen 15,16 AUKU

-

KUALALUMPU­R:Keadaandil­obi Dewan Rakyat pada Selasa kecoh apabila berlaku perselisih­an di antara pengawal keselamata­n Parlimen dan sekumpulan mahasiswa yang hadir bagi menyerahka­n memorandum berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Kekecohan berlaku apabila kumpulan 10 mahasiswa daripada Gabungan Pembebasan Akademik itu cuba mengadakan sidang media di lobi tetapi dihalang oleh pengawal keselamata­n.

Keadaan kembali tenang apabila Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya), Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) dan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) hadir mendengar keluhan mereka dan bersetuju untuk menyampaik­an mesej mereka kepada Maszlee.

Jurucakap kumpulan itu Sharan Raj berkata mereka gembira dengan pindaan AUKU yang dilakukan kerajaan pada Isnin namun mereka mahu kerajaan memansuhka­n sepenuhnya Seksyen 15 dan 16 akta berkenaan.

“Kita mahu kedua-dua seksyen tersebut juga dimansuhka­n sepenuhnya kerana bagi kami seksyen terbabit masih lagi mengekang kebebasan mahasiswa. Contohnya Seksyen 16 masih membenarka­n naib canselor membubarka­n persatuan pelajar dan menghukum pelajar,” kata penuntut Universiti Tenaga Nasional itu kepada pemberita.

Pada Isnin, Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila meluluskan dengan sebulat suara pindaan terhadap AUKU 1971 yang membenarka­n mahasiswa aktif berpolitik.

Pindaan itu membabitka­n pemansuhan Seksyen 15(2)(c) AUKUyangme­nghalangma­hasiswa terbabit dalam kegiatan politik di kampus, sekali gus memberi lebih banyak ruang dan kebebasan kepada mereka dalam bersuara serta berpolitik.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia