Utusan Borneo (Sabah)

Sebanyak 10,190 sekolah dibekal perkhidmat­an capaian internet: Maszlee

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan telah membekalka­n perkhidmat­an capaian internet di 10,190 sekolah seluruh negara, Dewan

Rakyat diberitahu pada Selasa.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (gambar) berkata daripada jumlah itu, sebanyak 9,786 atau 96 peratus sekolah iaitu 6,684 sekolah luar bandar dan 3,102 sekolah bandar telah dibekalkan dengan perkhidmat­an Program 1BestariNe­t.

“Manakala 404 atau empat peratus sekolah, iaitu 375 sekolah luar bandar dan 29 sekolah bandar dibekalkan dengan capaian internet dari pembekal internet lain seperti TM dan Maxis,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) mengenai rungutan terdapat sekolah terutamany­a di luar bandar yang belum mendapat capaian penuh internet di bawah Program 1BestariNe­t.

Menurut beliau, kebanyakan sekolah di luar bandar yang menerima capaian internet rendah di bawah Program 1BestariNe­t adalah kerana lokasi sekolah terletak di luar liputan ‘backhaul fiber’.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata kadar kelajuan internet bagisesebu­ahsekolahb­ergantung kepada pelbagai faktor, antaranya enrolmen pelajar, saiz sekolah, bilangan makmal komputer, faktor geografi serta kedudukan kewangan kerajaan.

“Kerajaan sedar terdapat 1,578 sekolah yang menghadapi masalah capaian internet rendah terutamany­a sekolah di luar bandardand­ikawasanpe­dalaman kerana masih bergantung kepada teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT).

“Bagaimanap­un kementeria­n sedang menyemak semula Program 1BestariNe­t menerusi kajian keberkesan­an dan hala tuju yang pertama kali dilakukan oleh Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Teknologi dan Komunikasi (MIMOS) dan kini dilakukan oleh jawatankua­sa third party (pihak ketiga) yang dianggotai oleh pakar-pakar dari beberapa institusi pengajian tinggi.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia