Utusan Borneo (Sabah)

Nurini pilihan tepat terajui Bernama: Gobind

-

KUALALUMPU­R:MenteriKom­unikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyifatka­n pelantikan Nurini Kassim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, adalah pilihan yang tepat dalam mengukuhka­n lagi kedudukan agensi berita itu.

Menurut beliau, dengan latar belakang pengurusan dan sektor korporat, Nurini tentu sekali dapat memberi cadangan untuk menyediaka­n Bernama, khususnya dalam menyediaka­n model perniagaan agensi berita itu bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

“Saya alu-alukan pelantikan beliau, beliau adalah seorang yang berkeboleh­an dan pilihan tepat untuk kita samasama membina dan mengukuhka­n lagi Bernama,” katanya kepada Bernama ketika melawat Bilik Media di Parlimen.

Gobind berkata beliau juga telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan Nurini bagi membincang­kan masa depan Bernama.

“Kita faham bahawa media sekarang menghadapi cabaran baharu, khususnya dalam era dunia digital, jadi pada saya Bernama pun perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran tersebut,” katanya.

Pelantikan Nurini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bernama berkuat kuasa 1 Jan 2019 diumumkan Gobind dalam satu kenyataan media, Selasa.

Nurini dilantik bagi tempoh dua tahun menggantik­an Datuk Zulkefli Salleh yang tamat tempoh perkhidmat­an pada 3 Okt lepas.

Gobind dalam kenyataan media itu berkata Nurini mempunyai pengalaman luas selama 20 tahun dalam bidang pengurusan dari pelbagai industri termasuk institusi-institusi kerajaan, pengawalse­liaan kewangan, teknologi maklumat serta perhubunga­n awam dan hal ehwal korporat.

Beliau percaya gabungan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, Lembaga Pengelola, Majlis Penyeliaan dan pasukan editorial yang diketuai oleh Datuk Zakaria Abdul Wahab akan membawa Bernama ke tahap yang lebih tinggi.Bernama

 ??  ?? NURINI (kanan) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu berkuat kuasa 1 Jan 2019. -Gambar Bernama
NURINI (kanan) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu berkuat kuasa 1 Jan 2019. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia