Utusan Borneo (Sabah)

Samsudin keluar Umno

Sebahagian pemimpin Umno Bahagian Batu Sapi turut keluar

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN:MantanKetu­a Umno Bahagian Batu Sapi yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya bersama pemimpin bahagian itu dan 55 ketua cawangan serta 500 ahli umum keluar Umno.

Turut bersama keluar, Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi Zantapha Jainal Abidin, Ketua Puteri Umno Batu Sapi Hazulizah Md Dani, Naib Ketua Wanita Umno Batu Sapi Suhana Ag Tahir dan mantan Ketua Wanita Umno Batu Sapi Jamayah Haji Sapawi.

Samsudin dalam sidang medianya di sini berkata berdasarka­n kepada perkembang­an landskap politik hari ini, mereka mengambil keputusan dan mengisytih­arkan keluar dari Umno secara beramai-ramai selepas berkhidmat selama lebih kurang 27 tahun untuk parti.

“Saya dan rakan-rakan, dengan mengambil kira situasi yang ada dan beberapa faktor, kami telah hilang kepercayaa­n kepada ketua bahagian Umno

“Sayadanrak­an-rakan,denganmeng­ambil kira situasi yang ada dan beberapa faktor, kami telah hilang kepercayaa­n kepada ketua bahagian Umno Batu Sapi, kerana gagal dalam usaha untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaa­n rakyat serta ahli parti di Bahagian Batu Sapi. ” DATUK SAMSUDIN YAHYA

Batu Sapi, kerana gagal dalam usaha untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaa­n rakyat serta ahli parti di Bahagian Batu Sapi.

“Kami berpendapa­t perlunya ada satu parti yang boleh dijadikan sandaran untuk membela kepentinga­n hak keistimewa­an orang Melayu dan bumiputera Sabah, selari dengan pucuk kepimpinan politik di peringkat nasional hari ini,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata masih mengekalka­n kepercayaa­n yang tinggi kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor selaku pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Negeri Sabah dan menyokong penuh apa juga langkah yang akan diambil untuk membawa hala tuju wadah perjuangan mereka seterusnya.

“Kami dengan ini juga menzahirka­n sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Di kesempatan itu, Samsudin mengucapka­n terima kasih kepada rakanrakan seperjuang­an di kawasan Batu Sapi, negeri mahupun di peringkat nasional yang telah banyak membantuny­a selama berkhidmat bersama Umno.

Ditanya sama ada betul Umno Sabah akan bubar, beliau hanya berkata, “tengok TV saja.”

Ketika ditanya mengapa wakil-wakil parti seperti DAP dan PKR hadir pada majlis pengumuman itu, beliau berkata dahulu pun mereka bersama dengannya juga.

Selepas umum keluar parti, Samsudin berkata dia serta rakan-rakan masih patuh kepada Pengerusi Perhubunga­n Umno Negeri dan masih meletak kepercayaa­n pada Hajiji serta menyokong apa juga langkah yang beliau akan ambil selepas ini.

Untuk rekod, ketua bahagian Umno Batu Sapi kini disandang oleh Khairul Firdaus Akhbar Khan selepas menewaskan Samsudin pada pemilihan Umno Bahagian Batu Sapi Julai lepas.

 ?? SAMSUDIN (tengah), Zantapah ( tiga kanan), Hazulizah Md Dani (dua kiri) dan Jamayah (kiri) dalam sidang media itu. ??
SAMSUDIN (tengah), Zantapah ( tiga kanan), Hazulizah Md Dani (dua kiri) dan Jamayah (kiri) dalam sidang media itu.
 ??  ?? SAMSUDIN bersama pemimpin Umno Bahagian Batu Sapi yang keluar parti.
SAMSUDIN bersama pemimpin Umno Bahagian Batu Sapi yang keluar parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia