Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman luas Nurini mampu bawa Bernama ke tahap lebih baik: Pengerusi

-

KUALA LUMPUR: Pelantikan Nurini Kassim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu diyakini dapat membawa agensi itu ke tahap yang lebih baik meskipun persekitar­an media kekal mencabar.

Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang berkata beliau percaya dengan kemampuan Nurini kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai sektor korporat termasuk di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Saya yakin dengan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang dapat memberi idea untuk membawa Bernama ke satu tahap yang lebih baik lagi.

“Walaupun saya tahu cabaran yang besar buat beliau kerana landskap media sendiri sekarang ini mengalami satu keadaan yang agak mencabar dengan perkembang­an media baharu,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen pada Selasa.

Pelantikan Nurini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bernama berkuat kuasa 1 Jan 2019 diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Nurinidila­ntikbagite­mpoh dua tahun menggantik­an Datuk Zulkefli Salleh yang tamat tempoh perkhidmat­an pada 3 Okt lepas.

Sambil menzahirka­n tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Nurini itu, Azman berkata beliau dan seluruh kakitangan di Bernama memberi jaminan akan bekerjasam­a sepenuhnya untuk membantu beliau dalam mengukuh jenama agensi berita nasional itu.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia