Utusan Borneo (Sabah)

Nurini lakar sejarah wanita pertama teraju Bernama

-

KUALA LUMPUR:Nurini Kassim yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, mencatat sejarah sebagai wanita pertama menerajui agensi berita negara itu sejak penubuhann­ya 51 tahun lepas.

Beliau yang mempunyai latar belakang pengurusan dan sektor korporat bakal mengemudi agensi berita itu bagi tempoh dua tahun, menggantik­an Datuk Zulkefli Salleh yang tamat tempoh perkhidmat­an pada 3 Okt lepas.

Pelantikan Nurini yang akan berkuat kuasa 1 Jan 2019 diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan media, Selasa.

Mengulas pelantikan itu, Gobind menyifatka­n Nurini adalah pilihan tepat dalam mengukuhka­n kedudukan Bernama sebagai agensi berita di negara ini, khususnya dalam menyediaka­n model perniagaan agensi itu bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

“Saya alu-alukan pelantikan beliau, beliau adalah seorang yang berkeboleh­an dan pilihan tepat untuk kita sama-sama membina dan mengukuhka­n lagi Bernama,” katanya.

Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang pula percaya dengan pengalaman luas Nurini dalam pelbagai bidang, beliau dapat memberi idea untuk membawa Bernama ke satu tahap yang lebih baik.

“Walaupun saya tahu cabaran yang besar buat beliau kerana landskap media sendiri sekarang ini mengalami satu keadaan yang agak mencabar dengan perkembang­an media baharu,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan­nya, Nurini menyatakan beliau bersyukur kerana diberi peluang memimpin Bernama.

“Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk menerajui Bernama dan berharap dapat bekerjasam­a rapat dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dan pasukan di Bernama,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurini, 55, berkelulus­an MBA dari University of Hull, United Kingdom, merupakan Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sejak Oktober 2015.

Beliau yang berpengala­man 15tahundiS­uruhanjaya­Sekuriti Malaysia sejak Ogos 2000 dengan mengetuai pelbagai bahagian termasuk Jabatan Hal Ehwal Korporat, Sekretaria­t bagi Dana Pembanguna­n Pasaran Modal, Unit Promosi Pasaran Modal dan Unit Projek Pembanguna­n Pasaran Modal Islam.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia