Utusan Borneo (Sabah)

Perintah Berkurung 103 mula berkuat kuasa

-

KOTA KINABALU: Perintah Berkurung baharu nombor 103 mula berkuat kuasa selama 24 jam bermula jam 6 petang 12 Disember 2018.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, perintah berkenaan dilanjutka­n mengikut Seksyen 31 (1) Akta Polis 1967.

Katanya, Perintah Berkurung itu akan dilanjutka­n oleh Menteri Dalam Negeri selama 14 hari bermula 13 Disember hingga 27 Disember 2018 jam 6 petang mengikut Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967.

“Dengan berkuatkua­sanya Perintah Berkurung ini orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendak­i berada di dalam rumah.

“Orang lain juga tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang disytihark­an dari jam 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan.

“Perintah Berkurung ini juga meliputi kawasan yang sama dengan Perintah Berkurung nombor 102,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata kawasan terbabit termasukla­h perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Omar berkata, keperluan untuk meneruskan Perintah Berkurung bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas.

Selain itu katanya, ia bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia