Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki dipenjara, ganggu ketenteram­an awam

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Tiga lelaki dikenakan penjara seminggu oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan mendatangk­an kegusaran dan mengancam ketenteram­an awam.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Willwin William, 23, Rony Johnytip, 47, dan Boniface Jpnitip, 45, selepas mereka mengaku salah mengikut Seksyen 8 (1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah.

Hukuman yang diperuntuk­kan denda maksimum RM25 atau penjara selama tempoh seminggu, jika sabit salah.

Mereka melakukan kesalahani­tupada1Dis­ember jam 11 malam di luar sebuah rumah, Kampung Baru, daerah Putatan.

Berdasarka­n fakta kes, adik ipar pengadu membawa rakannya Willwin meminum minuman beralkohol pada hari kejadian kira-kira jam 6 petang.

Sekitar jam 11 malam Willwin mabuk dan pengadu memberitah­u adik iparnya menghantar rakannya itu pulang ke rumah, kerana Willwin mengatakan sesuatu yang membuatkan suami pengadu marah.

Selepas dihantar pulang, tiba-tiba Willwin datang kembali ke rumah pengadu bersama empat lelaki yang tidak dikenali.

Pergaduhan berlaku antara mereka di luar kawasan rumah, salah seorang daripada lelaki terbabit juga mengugut pengadu bersama suaminya serta adik iparnya.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit melakukan pendakwaan berkenaan, sementara Willwin diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), manakala Rony dan Boniface tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia