Utusan Borneo (Sabah)

Anak-anak di negara ini lebih beruntung, terbela

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Kanakkanak di negara ini lebih bernasib baik, dihargai dan lebih beruntung jika dibandingk­an dengan kanakkanak di pelbagai negara yang menanggung penderitaa­n kekurangan zat makanan, kesihatan tidak terjaga, pendidikan tidak terbela dan menjadi mangsa penderaan, pemerdagan­gan manusia dan hamba seks.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek Datuk Anita Baranting berkata laporan badan dunia dalam Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) menyatakan Afrika, Syria, Afghanista­n, Myanmar, Filipina dan Indonesia mengalami kejadian kanakkanak terbiar tanpa makanan, menjadi pelarian dan mangsa bencana alam.

“Kanak-kanak di negara kita mengalami nasib yang jauh lebih baik dengan kehidupan masa hadapan yang terjamin tanpa bencana kebuluran dan mangsa peperangan,” katanya.

Katanya kanak-kanak di Malaysia membesar dalam keadaan selesa, sihat dan positif.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Karnival Sukan KanakKanak Sevent-Day Adventist (SDA) di Kg Sumbilingo­n pada Ahad, yang disertai lebih 150 kanak-kanak berumur 5-11 tahun yang turut diiringi ibu bapa.

Menurutnya program Pendidikan dan Pembentuka­n Tabiat Anakanak (Apta) itu dijalankan bersama lima gereja SDA pada 2-8 Disember lalu dan julung kalinya diadakan di Sumbilingo­n di bawah seliaan Pendeta Daerah Pastor Moris Bonsoi.

Anita seterusnya meminta ibu bapa agar terus mengutamak­an pendidikan awalan penjagaan diri agar membesar dalam keadaan sihat dengan menyerap nilai-nilai kerohanian dan kasih sayang sehingga slogan kerajaan ‘Keluarga Ku Syurga Ku’ tercapai.

Terdahulu, penyelaras Apta Christina Herry berkata pelbagai program diadakan termasuk mengenali tumbuh-tumbuhan, alam semulajadi, serangga dan haiwan yang dihiasi tayangan filem pendek.

Turut diadakan ialah pembelajar­an kebersihan diri seperti memberus gigi, melukis, menulis dan bercerita.

Hadir sama, Ketua Gereja Mangkupa Elder Patrick Masagal dan para elder lain seperti Bisill Jamuda, Samuel Madaun, Sinjiu Pandarasa, Jaxson Simbaku dan Semiun Madaun.

 ??  ?? SEBAHAGIAN anak-anak yang menyertai Apta.
SEBAHAGIAN anak-anak yang menyertai Apta.
 ??  ?? PARA peserta asyik mengikuti program sempena karnival sukan itu.
PARA peserta asyik mengikuti program sempena karnival sukan itu.
 ??  ?? ANITA (kiri) menerima cenderahat­i.
ANITA (kiri) menerima cenderahat­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia