Utusan Borneo (Sabah)

Calvin komited terus berkhidmat

Sudah jangka tewas pemilihan DAP negeri Sabah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong Ket Kiun telah menjangkak­an dirinya akan tewas dalam merebut satu daripada 15 kerusi Ahli Jawatankua­sa DAP Sabah pada pemilihan peringkat negeri parti itu.

Jawatankua­sa Pemilihan Negeri Parti DAP telah mengumumka­n bahawa Calvin mendapat 36 undian dan beliau telah gagal dalam pemilihan itu.

Beliau yang gagal mempertaha­nkan jawatannya sebagai Ahli Jawatankua­sa DAP Sabah bagaimanap­un hormat terhadap keputusan itu.

“Bagi saya, apa yang lebih penting ialah saya akan terus berkhidmat dan berusaha membantu masyarakat. Ini saya beri keutamaan walaupun tewas pada pemilihan parti,” katanya.

Pada masa yang sama, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua juga tewas dalam merebut salah satu daripada 15 kerusi Ahli Jawatankua­sa DAP Selangor selepas mengumumka­n tidak mempertaha­nkan jawatannya sebagai pengerusi. Tony hanya berada di tempat ke-19 dengan 292 undi.

Walaupun tewas, Calvin tenang menerima keputusan pemilihan itu kerana baginya memberi khidmat dan membantu rakyat tanpa mengira kaum bangsa dan kawasan adalah penting demi keharmonia­n serta kesejatera­an rakyat.

“Ini adalah matlamat dan impian saya selepas dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura,” katanya.

Selain itu, beliau akan terus bekerja membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri dari segi pembanguna­n, perkhidmat­an atau isu yang dihadapi rakyat di negeri ini, khususnya DUN Elopura.

Katanya dia akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada masyarakat terutamany­a di kawasan Elopura supaya masyarakat selesa dengan kehidupan mereka.

Beliau menyatakan selama ini hasratnya selepas dipilih sebagai wakil rakyat adalah berusaha melakukan yang terbaik.

Mengulas mengenai pemilihan peringkat negeri Sabah parti DAP, Calvin melahirkan rasa hairan terhadap sokongan anak muda kerana tidak undinya.

“Saya akan memberi penjelasan pada mereka berhubung hasrat, matlamat dan perjuangan saya dalam DAP dalam pemilihan parti pada masa akan datang.

“Walaupun saya mendapat undian yang paling rendah, tetapi tidak pernah melenyapka­n semangat yang berkobar-kobar meneruskan hasrat saya membantu rakyat menyelesai­kan masalah yang dihadapi,” katanya.

Calvin yang merupakan seorang wakil rakyat sentiasa tersenyum, tenang dan mesra rakyat menjelaska­n walaupun tewas tetapi baginya ia akan memberi lebih masa untuknya berada di Sandakan, sekali gus memberi tumpuan untuk menabur khidmat serta melakukan kerja demi manfaat rakyat di kawasannya.

Beliau akan menggunaka­n lima tahun ini dengan sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menolong rakyat menyelesai­kan masalah supaya dapat hidup dengan selesa.

Calvin berasa syukur dan mengucapka­n terima kasih atas tunjuk ajar serta nasihat yang disampaika­n oleh Datuk Stephen Wong Tien Fatt selaku pengerusi DAP Sabah yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejatera­an Rakyat serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Frankie Poon.

Beliau akan terus memberi kerjasama kepada semua pihak dalam memastikan dan membentuk Sandakan menjadi lebih baik.

 ??  ?? CALVIN membuang undi pada pemilihan Parti DAP peringkat negeri.
CALVIN membuang undi pada pemilihan Parti DAP peringkat negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia