Utusan Borneo (Sabah)

MPN baharu bebas pengaruh politik

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited mewujudkan semula Majlis Profesor Negara yang baharuseba­gaibadanya­ngbetulbet­ul bebas daripada pengaruh politik bagi membantu kerajaan membangunk­an negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUnda­ng) Mohamed Hanipa Maidin berkata kerajaan tidak mahu lagi badan itu hanya menjadi jurucakap yang berkempen kepada kerajaan.

“Kalau nak jadi begitu mereka disaran buka pakaian akademik dan jadi anggota politik, bersama kita lawan secara ‘gentleman’,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang mahu tahu sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk melantik semula profesor yang ‘genuine’ yang tidak taksub kepada mana-mana parti politik untuk dimanfaatk­an kepakaran mereka menganggot­ai manamana badan sebagai pemikir negara.

“Mereka ini (anggota MPN) tak sewajarnya menganggot­ai parti politik, malahan jika sekiranya mereka sokong Pakatan Harapan pun kami tak galakkan, kerana bagi kami mereka mesti bebas,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Hanipa berkata cadangan mewujudkan semula MPN telah dipersetuj­ui Kabinet pada 2 Nov lepas.

Katanya MPN yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri sebelum ini dibubarkan pada 23 Mei lepas telah dipersetuj­ui Kabinet diwujudkan semula dengan nama, struktur dan keahlian baharu yang akan dipilih berdasarka­n merit, kelayakan serta bebas campur tangan politik dan diletak di bawah Kementeria­n Pendidikan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia