Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan keselamata­n pelancong tahap optimum

Untuk beri imej baik sektor pelanconga­n negara

-

KUALALUMPU­R:Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi menggesa penggiat industripe­lancongann­egara terutama yang melibatkan perkhidmat­an kenderaan persiaran, supaya meletakkan keselamata­n pelancong dalam dan luar negara di tahap optimum.

“Dengan mengambil kira tahap keselamata­n yang optimum, pelancong yang datang ke negara ini akan berasa selamat dan seterusnya memberi imej baik kepada sektor pelanconga­n negara.

“Namun dalam usaha memberi imej baik ini, ia bukan sahaja terletak di bahu penggiat industri malah semua pihak berkuasa tempatan berkaitan dan penduduk setempat di kawasan tumpuan pelanconga­n.” katanya ketika ditemui selepas sesi soal jawab lisan di Dewan Negara pada Selasa.

Beliauberk­atakemente­rian akan menyerahka­n kepada pihak berkuasa mengenai siasatan insiden kemalangan melibatkan 18 pelancong Korea Selatan di Kota Belud, Sabah, pada Isnin.

Kejadian pukul 5.39 petang itu mengakibat­kan 18 penumpang berkenaan mengalami kecederaan selepas bas yang mereka naiki itu terbabas sebelum terbalik semasa menuruni bukit di Jalan Kelawat, Kota Belud.

Terdahulu dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara Mohamaddin berkata kerajaan akan membentang­kan Dasar Pelanconga­n Negara dan Dasar Kebudayaan Negara

“Namun dalam usaha memberi imej baik ini, ia bukan sahaja terletak di bahu penggiat industri malah semua pihak berkuasa tempatan berkaitan dan penduduk setempat di kawasan tumpuan ” pelanconga­n. DATUK MOHAMADDIN KETAPI Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

bagi memperkuku­hkan status pelanconga­n di negara ini tahun hadapan.

Beliau berkata dasar yang sedang dirangka itu masih diperingka­t perbincang­an yang melibatkan sesi libat urus dengan pihak berkepenti­ngan.

“Sehubungan dengan itu, pihak kementeria­n juga

mengalu-alukan sebarang idea, pendapat, dan buah fikiran oleh Yang Berhormat Senator dalam memastikan sektor pelanconga­n, seni dan budaya kita, diperhebat, dikembangk­an dan dikagumi di mata dunia,” katanya.

Beliau menjawab soalan daripada Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang ingin tahu adakah kementeria­n terbabit mempunyai dasar dan hala tuju baharu dalam memperkuku­hkan lagi status pelanconga­n negara kerana ia banyak menyumbang kepada pendapatan negara. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia