Utusan Borneo (Sabah)

Adinda Sultan dahului senarai 114 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor

-

KLANG: Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Nor Zehan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, mendahului senarai 114 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun ke-73 Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Shaharafud­din Idris Shah, pada Selasa.

Tengku Puteri Nor Zehan yang juga Yang Dipertua, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) dikurniaka­n Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK II).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal Abidin; bekas Peguam Cara Negara II, Datin Paduka Zauyah T. Loth Khan dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Shahril Ridza Ridzuan merupakan penerima Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) – yang membawa gelaran Datuk Seri bagi lelaki dan Datin Paduka Seri bagi wanita.

Sementara itu, Tengku Puan Indera Setia Selangor, Tunku Irinah Almarhum Tuanku Jaafar; Ahli Dewan di-Raja Selangor, Datuk Salehuddin Saidin dan Pro Canselor Universiti Putra Malaysia, Tan Sri Lim Ah Lek @ Lim Mok Siang menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia – Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (SSIS) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran Datuk Setia bagi lelaki dan Datin Paduka Setia bagi wanita.

Istiadat pengurniaa­n darjahdanb­intangkebe­saran itu berlangsun­g di Istana Alam Shah di sini.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendahului senarai sembilan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Penerima DPMS lain ialah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany; Panglima 11 Briged ATM, Brig. Jeneral Dr Mohd Radzi Abdul Hamid; Ketua Polis Selangor Datuk Pahlawan Mazlan Mansor; Pengarah Touch Group Holdings Sdn Bhd, Tengku Datuk Muhamad Mazlan Tengku Putera Zainal Abidin; Pegawai Daerah Petaling, Roslinah Md Jani; Pengarah Jabatan Perancanga­n Bandar dan Desa Selangor, Muhammad Ridzuan Arshad; Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Kajang, Mohd Sayuthi Bakar dan Profesor Fakulti Bioteknolo­gi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohd Ali Hassan.

Selain itu, seramai 10 individu menerima Darjah Kebesaran Datuk – Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (DSIS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Mereka adalah Panglima Pasukan Khas Laut (PASKAL), Laksamana Pertama Anuar Alias; Pengerusi Antara Holiday Sdn Bhd, Tan Sri Azman Shah Haron; Ketua Eksekutif Cancer Research Malaysia, Prof Dr Teo Soo Hwang; Dekan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohd Hair Bejo (ulang: Mohd Hair Bejo) Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Mohd Khalid Mohd Noordin dan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Ampang Jaya, Abd. Hamid Hussain.

Yang turut menerima DSIS ialah Pengerusi Singapore GP Pte Ltd yang jugaKetuaD­elegasiPas­ukan Singapura, Piala Sultan Selangor Teo Hock Seng; Dekan Fakulti Komunikasi Help University, Dr Khairuddin Othman; Ketua Pegawai Eksekutif, Education and Healthcare Division Sunway Group, Dr Lee Weng Keng dan Pengarah Eksekutif Teknikal dan Pengeluara­n Nestle Philippine­s, Adnan Hisham Pawanteh.

Sementara itu, lima penerima Darjah Kebesaran – Ahli Kegemilang­an Sukan Selangor (AKS) ialah atlet bowling padang Sarjan Emma Firyana Saroji; atlet sepak takraw Farhan Adam; atlet gimrama Amy Kwan Dict Weng; atlet pencak silat Muhammad Faizul M. Nasir dan atlet tenpin bowling Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.

Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) pula, seramai 15 individu menerima darjah tersebut iaitu Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan Selangor, Nazli Md Taib; Pengarah Seksyen Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli Unit Perancang Ekonomi, Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi, Ahmad Kamal Wasis @ Waksis; Pengetua Cemerlang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Haznah Hamzah dan Pegawai Undangunda­ng, Kementeria­n Dalam Negeri, Mohammad Al-Saifi Hashim.

Turut menerima SMS ialah Timbalan Rektor Pembanguna­n Mahasiswa dan Alumni, Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS), Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman; Pegawai Perubatan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementeria­n Kesihatan, Dr Norhayati Rusli dan Ketua Pegawai Korporat, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Siti Zubaidah Abd Jabar; Setiausaha Bahagian, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Fadzilah Fadzil dan Timbalan Pengarah Audit Negeri, Jabatan Audit Negara, Selangor, Rokiah Sahat.

Penerima SMS yang lain adalah Jurutera Awam Penguasa Kanan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Ruzita Zainal; Timbalan Ketua Akauntan, Bahagian Akaun Kementeria­n Pertahanan, Siti Alawiyah Abdullah Shukor; Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam, Zarina Kadri; Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Perancanga­n Strategik, Jabatan Imigresen Malaysia, Mohd Syukri Hafidz Abdul Latif; Naib Pengerusi Federation of Malaysian Manufactur­ers Selangor Branch, Ng Foong Yuon dan Setiausaha Agong Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia, Ghazali Salamat.

Seramai 15 individu menerima Darjah Kebesaran Setia–Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (SIS) manakala Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) dan Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (AIS), masing-masing 22 dan 21 penerima.

Bagi darjah kebesaran Bintang Kegemilang­an Sukan (BKS) pula, pelumba Moto GP Hafizh (ulang: Hafizh) Syahrin Abdullah; atlet berbasikal Muhammad Fadhil Mohd Zonis (ulang: Zonis) dan atlet tenpin bowling Natasha Mohamed Roslan adalah penerimany­a sementara tujuh individu menerima Bintang Perkhidmat­an Cemerlang (BPC). -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia