Utusan Borneo (Sabah)

TH: Azeez nafi langgar akta dalam pemberian hibah

-

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada Selasa menafikand­akwaanbaha­wa pengurusan TH sebelum ini telah melanggar Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dalam pemberian hibah sejak 2014.

Menurutnya kerajaan semasa membuat dakwaan itu tanpa mengambil kira laporan penilaian realis aset keseluruha­n TH oleh Ernst & Young (EY) bagi 2015, 2016 dan 2017 yang mendapati aset TH melebihi liabiliti.

Bercakap kepada pemberita di sini, Abdul Azeez berkata berdasarka­n laporan EY, nilai realis aset TH bagi 2015 ialah RM64.7 bilion berbanding liabiliti dan bayaran hibah berjumlah RM63.3 bilion menjadikan lebihan aset sebanyak RM1.4 bilion.

Pada 2016 pula, aset realis TH ialah sebanyak RM69.1 bilion manakala agregat liabiliti setelah mengambil kira hibah ialah sebanyak RM68.4 bilion maka TH mempunyai lebihan aset ke atas liabiliti sebanyak RM701 juta bagi tahun itu, katanya.

Abdul Azeez berkata pada 2017, nilai aset realis ialah RM74.7 bilion berbanding aggregat liabiliti termasuk bayaran hibah sebanyak RM74.4 bilion, menjadikan lebihan aset berbanding liabiliti TH berjumlah RM373 juta.

“Ini bukti bahawa pengurusan TH sebelum ini membayar hibah mengikut peruntukan Akta tersebut, tetapi laporan EY ini tidak diambil kira oleh kerajaan kini dalam pendedahan mereka semalam.

“Laporan dan kedudukan TH juga telah disemak oleh Jabatan Audit Negara yang kemudianny­a memperakuk­annya melalui sijil bersih setiap tahun pada TH,” katanya.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata pengurusan TH sebelum ini telah melanggar Akta Tabung Haji 1995 yang menyatakan dua syarat perlu dipenuhi sebelum pembayaran hibah boleh dibuat iaitu aset tidak boleh kurang daripada liabiliti serta perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan.

Menurut Mujahid perkara itu berlaku sejak 2014. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia