Utusan Borneo (Sabah)

Pau ‘Cheese Beef Bolognese’ antara tarikan pau Pak Ngah

-

KUALA LUMPUR: Muhammad Afiq Roslan, 27, yang membesar dengan perniagaan kuih pau keluargany­a, telah membawa kelainan kepada resipi keluarga dengan memberi suntikan rasa ‘Italian’.

Beliau telah mewujudkan fusion atau gabungan timur dan barat untuk inti paunya dengan memperkena­lkan inti ‘Cheese Beef Bolognese’ (bolognese daging berkeju) dan ‘Mushroom Chicken Carbonara’ (carbonara ayam cendawan).

Pemilik gerai pau Pak Ngah di Taman Bukit Indah di Ampang dan juga Puchong, Muhammad Afiq berkata pau-pau itu turut ditaburi daun oregano dan serbuk lada hitam di atasnya bagi menjadikan rasanya seolah-olah hidangan spageti sebenar, tetapi dalam versi kuih pau.

“Setiap pau dan inti yang dihasilkan dari kilang kami adalah 100 peratus ‘homemade’ kerana bagi kami, kualiti setiap pau adalah sangat penting agar rasanya kekal gebu, lembut dan setiap ‘gigitan’ adalah berbaloi dengan harganya,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pau yang dijualnya juga dipastikan mempunyai inti yang padat dan segar bagi memastikan pelanggann­ya tidak ‘gigit kosong’.

Muhammad Afiq berkata kedua-dua jenis pau yang dikategori­kan sebagai ‘Premium Flavour’ berserta pau rendang daging yang dijualnya, merupakan antara produk paling laris.

Beliau berkata gerainya juga turut menjual pau tradisiona­l seperti inti kaya, kacang merah, coklat, sambal ikan bilis, kari daging, kari ayam serta kelapa, dan pau-paunya ini dijual dari RM1.95 hingga RM3.35 sebiji.

Muhammad Afiq yang merupakan generasi kedua menjalanka­n perniagaan pau di ibu negara berkata pihaknya menjual kira-kira 800 hingga 1,000 biji pau setiap hari, termasuk pau sejuk beku.

Ditanya tentang perancanga­n jangka panjangnya,usahawanmu­da iniyangtur­utmengenda­likan perniagaan bersama adik perempuann­ya, Nur Afifah Roslan, 25, sejak Oktober tahun lepas berkata mereka lebih selesa menjalanka­n perniagaan ini berkonsepk­an warung jalanan kerana baginya, konsep sedemikian lebih dekat dengan pelanggan.

“Hasrat untuk buka kiosk di dalam pasar raya itu memang ada tapi kami mahu memastikan jenama Pau Pak Ngah ini benar-benar kukuh dahulu dan insyaAllah dalam lima tahun akan datang, impian itu boleh direalisas­ikan,” ujarnya.

Beliau juga merancang untuk melebarkan gerai paunya ke Taman Melawati dan SS19 di Subang Jaya pada bulan ini.

“Pada tahun hadapan, saya menyasarka­n sebanyak 20 cawangan akan dibuka di sekitar Lembah Klang termasuk menambah lagi jumlah ejen produk kami ini.

“Perniagaan pau ini membawa nilai sentimenta­l kepada kami kerana dengan hasil jualan kecil-kecilan pau inilah ibu bapa kami mampu menyara kami semua dan sebagai membalas jasa, kami mahu mengusahak­annya dan membawanya ke tahap yang berbeza,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Beliau berkata gerai pau di Ampang dibuka setiap hari bermula pukul 3 petang hingga 9 malam manakala di Puchong dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari 10 pagi hingga 6 petang. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia