Utusan Borneo (Sabah)

JBPM Melaka cadang komersil ‘JLC Mark 1’

-

MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berhasrat mengkomers­ilkan kon pemantul cahaya ‘Jebat Luminous Cone Mark 1’ (JLC Mark 1) yang dihasilkan jabatan itu.

Pengarahny­a Mohamad Zin Salleh berkata produk inovatif yang dihasilkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu itu boleh dilihat dari jarak sejauh 500 meter berbanding hanya 15 meter bagi penggunaan kon biasa.

“Selain itu, cahaya daripada kon ini juga mampu dilihat pada jarak 250 meter ketika hujan lebat.

“Justeru, produk ini dapat meningkatk­an sistem amaran kepada pengguna jalan raya ketika operasi menyelamat dijalankan, sekali gus memastikan keselamata­n anggota lebih terjamin,” katanya pada sidang akhbar selepas perhimpuna­n bulanan JBPM Melaka di BBP Jasin Bestari, di sini pada Selasa.

Katanya produk itu yang dihasilkan dengan kos RM160 seunit boleh dicaj semula selain mampu bertahan selama 24 jam dalam air.

Inovasi ini mendapat tempat keempat pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif JBPM ke-29 yang berlangsun­g di Pulau Pinang pada Oktober lepas, katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an 12 unit JLC Mark 1 kepada enam balai bomba yang memiliki Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) iaitu BBP Jalan Kubu, BBP Ayer Keroh, BBP Alor Gajah, BBP Jasin Bestari, BBP Bukit Katil dan BBP Tangga Batu dengan masing-masing menerima dua unit. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia