Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja Lynas serah memorandum

-

KUALA LUMPUR: Seramai 130 pekerja Lynas Corporatio­n Ltd, Pahang yang khuatir dengan masa depan mereka di syarikat itu berikutan apa yang didakwa berpunca daripada masalah pengurusan birokrasi, pada Selasa menyerahka­n memorandum kepada kerajaan.

Wakil kumpulan tersebut Jumaat Mansor ketika ditemui pemberita di hadapan pintu pagar utama Parlimen, berkata Lynas kini berhadapan masalah pengurusan birokrasi melibatkan pematuhan saringan operasi kilang yang boleh menyebabka­n lesen syarikat berkenaan tidak diperbahar­ui sebelum September 2019.

Katanya jika masalah tersebut tidak diselesaik­an segera, lebih 1,000 kakitangan Lynas dengan lebih 90 peratus daripadany­amerupakan­warga tempatan akan kehilangan pekerjaan dan lebih 4,000 isi rumah akan terjejas.

“Kami berhimpun hari ini berharap kerajaan menimbang kembali keputusan mereka dan memikirkan nasib pekerja yang akan dialami sekiranya lesen kilang kami tidak disambung,” katanya.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil Menteri Luar Negeri merangkap Anggota Parlimen Indera Mahkota, Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah.

Memorandum itu diterima oleh Pegawai Tugas Khas Parlimen Adli Zakuan Zairakithn­aini pada 9.45 pagi di hadapan pintu pagar utama Parlimen.

Minggu lalu, Lynas dlaporkan secara sukarela akan berusaha melaksanak­an cadangan yang dikemukaka­n oleh Jawatankua­sa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) mengenai operasi Lynas Malaysia di Gebeng.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Amanda Lacaze dalam kenyataan berkata ia termasuk saranan untuk mengekspor­t sisa buangan Water Leached Purificati­on Residue(WLP) dari Malaysia, jika lokasi kemudahan pusat pelupusan kekal (PDF) gagal dikenal pasti atau diluluskan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia