Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak prihatin bangun kemudahan infrastruk­tur di kampung

-

KUCHING:Kerajaan Sarawak begitu prihatin dalam membangunk­an kemudahan infrastruk­tur di kampung termasuk melibatkan projek yang dibatalkan kerajaan persekutua­n.

Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Datuk Dr Abdul RahmanJuna­idiberkata,projekyang dibatalkan kerajaan persekutua­n kini diteruskan menerusi dana Kerajaan Sarawak.

Malah menurutnya, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung(JKKK)perlumengh­antar senarai projek fizikal agar kampung masing-masing dapat dibangunka­n demi kesejahter­aan rakyat.

“Kerajaan Sarawak sentiasa peka dalam menyediaka­n keperluan asas untuk kesejahter­aan masyarakat kampung seperti bekalan elektrik, air bersih dan telekomuni­kasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Pulau Salak Berselawat sempena Sambutan Maulidur Rasul 1440H/2018M di sini, baru-baru ini.

Program dianjurkan bersama JKKK, Kawasan Kejiranan Mesra (KJM), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Salak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai turut menyaranka­n JKKK memupuk perpaduan dan keharmonia­n dalam kalangan masyarakat supaya tidak berpecah belah serta terpengaru­h dengan anasir negatif.

“Menjadi kewajipan kita mempertaha­nkan keutuhan dan kemantapan perpaduan masyarakat melalui satu wadah.

“Pihak luar yang tidak bertanggun­gjawab sememangny­a menunggu perpecahan masyarakat untuk memerintah kita,” ujarnya.

Sementara itu menurutnya, umat Islam di negeri ini juga perlu mengekalka­n perpaduan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

“Kedatangan ideologi yang menjurus kepada perpecahan perpaduan seperti tuduh menuduh dan fitnah perlu dielak,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia