Utusan Borneo (Sabah)

UPP masih menggunaka­n nama dan logo lama

UPP hanya akan guna nama, logo baharu, Parti Sarawak Bersatu selepas dapat kelulusan daripada ROS

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersartu (UPP) hanya akan menggunaka­n nama dan logo baharu parti itu, Parti Sarawak Bersatu (PSB) selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agungnya George Lo ketika ditemui pada Isnin selepas beliau bersama Setiausaha Eksekutif UPP Margerat Fong menghantar permohonan bagi menukar nama dan logo parti berkenaan kepada ROS menerusi Pengarah ROS Negeri Georgina Apphia Ngau.

“Dari segi undang-undang, kami masih lagi UPP, kami hanya boleh menggunaka­n nama dan logo baharu iaitu PSB selepas diluluskan oleh ROS.

“Tadi Pengarah ROS Sarawak memaklumka­n bahawa parti politik bukan di bawah bidang kuasa ROS negeri, tetapi beliau akan membantu kita mengemukak­an permohonan ini kepada ROS pusat untuk dipertimba­ngkan,” katanya.

Lo berkata Georgina turut memaklumka­n bahawa jika permohonan itu dimasukkan dalam sistem komputer biasanya ia akan mengambil masa 23 hari untuk diproses.

“Kita berharap kelulusan permohonan kami ini dapat dipercepat­kan atau mungkin mengambil sedikit masa... susah untuk saya pastikan.

“Pengarah ROS negeri juga memberitah­u bahawa beliau perlu menyemak sama ada sudah ada pertubuhan yang menggunaka­n nama PSB... PBS sudah ada, sebab itu kami tidak menggunaka­nnya,” katanya sambil menambah, pada mulanya UPP mahu dijenamaka­n semula sebagai Parti Bersatu Sarawak (PBS).

Selain memohon menukar nama parti, UPP turut mengemukak­an permohonan untuk meminda perlembaga­an parti itu.

Sementara itu, Georgina memberitah­u bahawa beliau akan menghantar permohonan UPP itu kepada ROS pusat untuk tindakan lanjut.

Dalam hal itu, katanya ROS negeri akan bertindak sebagai penasihat dan memudah cara proses permohonan.

“ROS negeri menerima dan memproses permohonan pendaftara­n untuk semua kategori kecuali daripada parti politik.

“Jadi apa yang kami lakukan hari ini (Isnin) ialah kami menerima permohonan dan kemudian dihantar kepada ROS pusat untuk dipertimba­ngkan.

“Kami melakukan perkara sama kepada GPS (Gabungan Parti Sarawak) GEORGE LO Setiausaha Agung UPP tempoh hari, membantu dan memudahkan permohonan pendaftara­nnya,” jelasnya.

Pada 8 Disember lalu, pasukan petugas diketuai Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh mencadangk­an nama baharu parti itu, PSB.

Turut dicadangka­n pertukaran logo baharu parti yang memperliha­tkan matahari cerah terbit dari horizon Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidanga­n Delegasi Luar Biasa (EDC) UPP sambil menambah, pasukan petugas akan mendapatka­n pendapat dan kelulusan daripada semua delegasi untuk nama dan logo baharu parti ini serta pindaan mengikut perlembaga­an parti.

“Cadangan untuk mengubah nama dan logo parti telah dicadangka­n pada Persidanga­n Delegasi Tiga Tahun Sekali kedua parti di Sibu pada 7 Julai 2018 untuk imej yang lebih pelbagai kaum.

“Bagi tujuan itu, satu pasukan petugas telah ditubuhkan untuk melihat cadangan pertukaran nama dan logo parti ini dan mencadangk­an diadakan EDC pada hari ini bagi membincang­kandanmemb­uat keputusan mengenai nama dan logo baharu parti,” katanya.

“Dari segi undang-undang, kami masih lagi UPP, kami hanya boleh menggunaka­n nama dan logo baharu iaitu PSB selepas diluluskan oleh ROS.”

 ??  ?? LO (tengah) menyerahka­n surat permohonan menukar nama dan logo UPP kepada Georgina. Turut kelihatan Fong (kanan).
LO (tengah) menyerahka­n surat permohonan menukar nama dan logo UPP kepada Georgina. Turut kelihatan Fong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia