Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama masyarakat, agensi kerajaan kritikal dalam menangani masalah sosial

-

MARUDI: Penglibata­n masyarakat atau komuniti setempat bersama agensi kerajaan amat penting, malah sesetengah­nya amat kritikal dalam usaha menangani masalah sosial seperti isu berkaitan penyalahgu­naan dadah.

Namun penglibata­n komuniti itu secara langsung akan lebih membantu agensi atau pihak berkuasa berkaitan menangani gejala sosial dengan lebih baik dan berkesan.

Sehubungan itu, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil mahu komuniti setempat sentiasa peka serta harus mula memainkan peranan dan menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing dengan berganding­an dengan agensi kerajaan dan pada masa yang sama turut terlibat dalam pelaksanaa­n agenda kerajaan tanpa terlalu bergantung kepada agensi kerajaan sematamata.

Penguang yang juga Adun Marudi memberitah­u demikian ketika merasmikan Majlis Malam Appresiasi Majlis Daerah Subis (MDS) di Hotel Dynasty di Miri, Sabtu lalu.

Majlis Malam Appresiasi bersama Komuniti 2018 anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan MDS itu adalah salah satu aktiviti apresiasi bagi menghargai sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan masyarakat tempatan kepada pihak MDS.

Menurut Penguang, sumbangan dan kerjasama yang dinyatakan MDS itu juga merupakan penglibata­n masyarakat setempat dalam bentuk kolaborati­f penganjura­n bagi programpro­gram yang melibatkan kepentinga­n komuniti setempat.

“Kerjasama dan kolaborati­f seumpama ini adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan serta kemampanan sesebuah program.

“Selain penglibata­n dalam penganjura­n programpro­gram Majlis, komuniti setempat juga boleh membantu pihak Majlis dalam penyelengg­araan taman-taman awam, aktiviti kebersihan, pengurusan sampah domestik, pengawasan keselamata­n di kawasankej­iranan,pencegahan aktiviti laku musnah, perlanggar­an undang-undang Majlis, penceroboh­an kawasan dan sebagainya,” tambah beliau.

Selain itu, beliau berkata dengan keadaan dunia hari ini yang sudah berubah, maka kehendak dan keperluan rakyat turut berubah.

“Maka PBT perlu sentiasa berusaha memastikan perkhidmat­an yang diberikan mereka menepati keperluan dan kehendak semasa.

“Transforma­sipenyampa­ian perkhidmat­an juga perlu sentiasa dilakukan, bagi memastikan projek dan program yang dirancang dan dilaksanak­an berjaya dan berjalan lancar,” tambahnya.

Kepada kakitangan dan pihak Majlis pula Penguang mengingatk­an mereka bahawa perkara paling penting ialah apa yang rakyat mahu dan tidak mahu, bukan apa yang Majlis mahukan.

“Justeru kita harus berhubung dengan rakyat kerana ia akan membantu kita memastikan setiap peojek yang dilaksanak­an oleh Majlis akan berjaya dan berjalan dengan lancar kerana mendapat kerjasama komuniti setempat,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Penguang memberitah­u pada tahun lepas, lima pihak berkuasa tempatan (PBT) Sarawak telah mendapat penarafan lima Bintang, sembilan lagi PBT mendapat empat Bintang dan 12 PBT mendapat tiga Bintang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia