Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar hilang wang RM16,000 ditipu ‘Macau Scam’

-

MIRI: Seorang pelajar menjalani latihan praktikal berusia 21 tahun menjadi mangsa modus operandi ‘Macau Scam’ terkini dan kehilangan wang sejumlah RM16,000 dari akaunnya.

Kejadian berlaku pada 8 Disember lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang pemanggil memperkena­lkan diri sebagai pegawai polis dan mahkamah.

Suspek memberitah­u bahawa mangsa ada terlibat dengan satu kes langgar lari serta pengubahan wang haram di Kuala Lumpur.

Dalam perbualann­ya dengan suspek, mangsa berasa panik dan terus pergi ke sebuah mesin tunai automatik (ATM) sebuah bank di Batu Niah, dekat sini serta menuruti arahan suspek membuat pindahan wang ke akaun bank suspek.

Pada 9 Disember lalu, sekitar jam 12 tengah hari mangsa membuat semakan baki dalam akaun bank miliknya di sebuah ATM, Jalan Bendahara di sini dan terkejut apabila mendapati wang berjumlah RM16,000 telah dikeluarka­n dari akaunnya.

Menyedari dirinya ditipu mangsa kemudian membuat laporan polis di sini.

Sementara itu, tiga lagi laporan penipuan ‘Macau Scam’ turut diterima pada 9 Disember lalu dengan dua kes berlaku di Miri dan satu lagi di Bintulu. Namun ketiga-tiga mangsa berjaya mengelak ditipu dan tiada kerugian berlaku.

Dalam dua kes di Miri, seorang wanita berusia 32 tahun yang juga pakar kecantikan menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkena­lkan diri sebagai Jacky dari Mahkamah Shah Alam dan memberitah­u mangsa terlibat kemalangan kereta BMW di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan meminta mangsa hadir ke Mahkamah Shah Alam.

Dalam perbualann­ya, suspek memberitah­u i n d entiti mangsa digunakan orang lain namun mangsa berasa tidak percaya dengan katakatany­a dan memutuskan talian telefon tersebut kerana berasa suspek cuba memperdaya­kannya.

Mangsa tidak membuat sebarang bayaran dan tidak mengalami kerugian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia