Utusan Borneo (Sabah)

Belia harus dipupuk, dilatih hidup secara bersatu padu

-

SIBU: Golongan belia harus dipupuk serta dilatih hidup secara bersatu padu bersesuaia­n dengan kepelbagai kaum di Sarawak.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata semangat perpaduan danharmoni­adalahbagi­mengukuhka­n peranan golongan belia untuk masa depan mereka.

“Di Sarawak, kita amat mempraktik­kan semangat perpaduan meskipun sudah lama diterapkan.

“Bagaimanap­un, kita harus cari landasan terbaik menghimpun­kan golongan belia pelbagai kaum seterusnya mereka dapat membangun bersama,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Terdahulu, beliau menyempurn­akan penutupan Program Belia Meningkatk­an Keharmonia­n dan Pengetahua­n (Solidariti Siri-2) di King Cineplex Sibu.

Hadir sama Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Dr Annuar turut menyampaik­an sijil tamat program dua hari itu kepada 45 peserta memfokuska­n pengajaran permotoran.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu berkata, menyatukan belia dalam sesuatu program adalah sangat penting sekali gus menjamin kemakmuran negeri ini pada masa akan datang.

“Kita berharap golongan belia meneruskan semangat perpaduan mereka dan berkawanla­h dengan sebaik mungkin,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nangka itu menyifatka­n program itu amat berguna kepada golongan belia bagi menambah pengetahua­n mereka.

“Selain itu, kemahiran juga khususnya dalam bidang permotoran boleh menjana pendapatan,” katanya.

Pada hari pertama, program diadakan di Kompleks Islam Sibu manakala penutupann­ya peserta dibawa untuk menonton wayang di King Cineplex Sibu.

Program ini anjuran Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Pejabat Residen Sibu dan Saberkas Cawangan Nangka.

 ??  ?? DR ANNUAR (tengah), Siaw (lapan kanan) serta yang lain bersama peserta Program Belia Meningkatk­an Keharmonia­n dan Pengetahua­n di Sibu.
DR ANNUAR (tengah), Siaw (lapan kanan) serta yang lain bersama peserta Program Belia Meningkatk­an Keharmonia­n dan Pengetahua­n di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia