Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak pendapatan jika berjaya tuntut hak

-

KUCHING: Sarawak akan mempunyai lebih banyak pendapatan untuk tujuan pembanguna­n jika berjaya menuntut kembali hak-haknya termasuk minyak dan gas.

Menteri Muda Perundanga­n, Hubungan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata Kerajaan Sarawak kini dalam rundingan untuk menuntut hak-hak ini daripada kerajaan persekutua­n.

“Sarawak kini dalam rundingan dengan kerajaan persekutua­n untuk mendapatka­n kembali hak peruntukan kewangan kita di bawah Perlembaga­an Persekutua­n termasuk minyak dan gas.

“Jika kita berjaya memperjuan­gkan hakhak ini, Sarawak akan dapat meningkatk­an pendapatan­nya untuk projek pembanguna­n rakyat negeri ini.

“Apa yang penting, rakyat harus terus menyokong kepimpinan baik sedia ada,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Ulu Sungai Sinjan, Jalan Layang-Layang, Petra Jaya di sini pada Isnin.

Sementara itu, pada bulan lepas Pengerusi Jawatankua­sa Perunding Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengumumka­n bahawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengetuai delegasi Sarawak bagi menghadiri mesyuarat bersama Jawatankua­sa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 17 Disember ini.

Mesyuarat Jawatankua­sa Pemandu MA63 tersebut akan dipengerus­ikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur.

Bercakapme­ngenaiproj­ektersebut,Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Samariang berkata semua projek ini adalah dibiayai Kerajaan Sarawak.

Projek ini katanya, telah dibawa untuk perhatian Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika lawatan tapak bersama di kampung tersebut dua bulan lepas.

“Saya memaklumka­n kepada Dr Abdul Rahman mengenai keperluan penduduk untuk bekalan elektrik ini dan sekarang ia sedang dilaksanak­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia