Utusan Borneo (Sabah)

Lanjut tempoh tamat ‘AP’ terbuka 2018 kepada 31 Jan 2019 Rayu Pekema kepada MITI

-

KOTA KINABALU: Belum pun sempat menuai hasil, tarikh tamat tempoh pula sudah semakin hampir.

Itu senario yang terpaksa dihadapi syarikat pengedar kenderaan terutama di Sabah apabila tempoh tamat AP terbuka berakhir 31 Disember ini.

Pekema Sabah menzahirka­n rasa khuatir dengan tempoh inisedangk­anhanyamen­erima AP pada Ogos lalu.

Sehubungan itu, Pekema merayu dan memohon jasa baik Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking melalui kementeria­nnya untuk menimbangk­an lanjutan tempoh tamat AP Terbuka 2018 sehingga 31 Januari 2019.

Presiden Pekema Sabah Ridzuan Datuk Haji Lassim berkata, sejak dikeluarka­n pada pertengaha­n Ogos lalu, syarikat pemegang AP TerbukaKer­etadanMoto­sikal hanya diberikan masa tiga bulan untuk berurusnia­ga termasuk mengurus tadbir hal yang berkaitan dengan pengimport­an kenderaan daripada pembekal luar negara.

“Selain itu, kekangan logistik iaitu tarikh penghantar­an kereta dan motosikal import terpakai dijangka hanya akan tiba di Pelabuhan Kota Kinabalu pada 7 Januari 2019, itupun jika tiada aral melintang.

Katanya, tempoh yang singkat itu mengakibat­kan prestasi jualan syarikat ahli Pekema terjejas disebabkan AP yang dikeluarka­n tidak dapat digunakan sepenuhnya.

“Dalam masa yang sama Pekema Sabah juga merasakan

KEDAI pameran kenderaan milik Pekema.

masalah ini membawa kerugian kepada kerajaan melalui kutipan cukai yang berkuranga­n akibat pelupusan AP yang tidak terpakai pada hujung tahun ini.

Pekema Sabah merayu MITI melalui Datuk Darell untuk merasai keluhan ahli dan memohon supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Katanya, rayuan lanjutan AP Terbuka 2018 itu bertujuan memberikan pilihan kepada pengguna untuk membuat pilihan dalam pasaran kenderaan terutama ketika musim perayaan seperti Krismas, Tahun Baru 2019 dan Tahun Baru Cina.

Untuk rekod, AP bagi 2017 telah dilanjutka­n sehingga Mac tahun ini dan Pekema berharap supaya rayuan permohonan untuk lanjutan tempoh masa AP Terbuka tahun 2018 dapat dipertimba­ngkan dan diluluskan sehingga 31 Januari 2019.

“Tempoh yang singkat itu mengakibat­kan prestasi jualan syarikat ahli Pekema terjejas disebabkan AP yang dikeluarka­n tidak dapat digunakan sepenuhnya. Dalam masa yang sama Pekema Sabah juga merasakan masalah ini membawa kerugian kepada kerajaan melalui kutipan cukai yang berkuranga­n akibat pelupusan AP yang tidak ini.” terpakai pada hujung tahun

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA kereta import yang belum terjual.
ANTARA kereta import yang belum terjual.
 ??  ?? RIDZUAN DATUK HAJI LASSIM Presiden Pekema Sabah
RIDZUAN DATUK HAJI LASSIM Presiden Pekema Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia