Utusan Borneo (Sabah)

Akauntan kerajaan perlu mahir teknologi: KS Perbendaha­raan

-

KUALA LUMPUR: Akauntan kerajaan perlu mahir dengan teknologi terutamany­a dalam automasi dan kecerdasan buatan (AI), blockchain, pengkomput­eran awan dan keselamata­n siber serta analisis data (ABCD), ketika Malaysia beralih kepada ekonomi digital dan syarikat-syarikat mula menerima pakai Revolusi Perindustr­ian 4.0 (Industri 4.0).

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir berkata pembinaan kecekapan adalah kritikal kerana peralihan kepada perakaunan akruan dan meningkatk­an pengurusan kewangan sektor awam, memerlukan latihan berteraska­n kemahiran bagi akauntan profesiona­l dan definisi yang lebih jelas tentang peranan dan kemahiran mereka menerusi pelan hala tuju kecekapan.

“Ketika negara beralih ke arah ekonomi yang dipacu oleh teknologi, automasi dan inovasi, akauntan sektor awam seperti kerjaya lain, akan memerlukan kemahiran pemikiran yang lebih tinggi bagi melengkapk­an mereka dengan peranan bukan rutin dan bernilai tinggi.

“Ia amat relevan kepada akauntan kerana mereka akan dapat memantapka­n lagi kemahiran mereka dalam membuat keputusan, analisis dan menyelesai­kan masalah dan komunikasi, disokong oleh integriti tanpa kompromi dan keraguan yang sihat,” katanya dalam ucap tama beliau pada Persidanga­n Pengurusan Kewangan Sektor Awam 2018, di sini, semalam.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan (Pengurusan) Datuk Othman Semail.

Ahmad Badri berkata Institut Akauntan Malaysia (MIA) memainkan peranan yang lebih besar dalam membangunk­an tenaga kerja untuk memupuk kemahiran baharu ini.

Ia termasuk menjalin pelbagai kerjasama dan perjanjian dengan beberapa badan profesiona­l untuk membolehka­n anggota sektor awam mendapat kelayakan perakaunan profesiona­l serta bekerjasam­a dalam usaha untuk terus memajukan pengurusan kewangan sektor awam.

Beliau juga berkata kerajaan memuji usaha MIA untuk menganjurk­an banyak persidanga­n meja bulat pengurusan kewangan awam (PFM) dengan entiti sektor awam, seperti badan berkanun persekutua­n dan institusi pengajian tinggi awam.

“Persidanga­n meja bulat ini menghasilk­an cadangan keperluan kecekapan bagi ketua-ketua fungsi kewangan, yang dikemukaka­n kepada kerajaan.

“Kita mengalu-alukan cadangan kecekapan ini yang akan membantu memacu peralihan akauntan sektor awam daripada hanya semata-mata berfungsi sebagai penjaga rekod kepada rakan kongsi perniagaan disegani,” katanya.

Menurut Ahmad Badri, dengan kerajaan meneruskan inisiatif perakaunan akruan, MIA akan menyediaka­n nasihat dan kepakaran teknikal berkaitan standard, menerusi kakitangan teknikalny­a dan perundinga­n, dengan Jawatankua­sa Perakaunan Sektor Awam.

Beliau berkata penglibata­n MIA dalam sektor awam diperluask­an dengan termasuk menjalanka­n penyelidik­an bagi projek semasa Lembaga Standard Perakaunan Sektor Awam Antarabang­sa (IPSASB), mengenal pasti isu-isu berkaitan perakaunan sektor awam di Malaysia, menyediaka­n latihan dan kesedaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia