Utusan Borneo (Sabah)

Penghargaa­n khas untuk pegawai dan kakitangan Ko-Nelayan

- Oleh FLORIETA DIET SERAMAI sembilan penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang merakamkan kenangan bersama tetamu kehormat.

KOTA KINABALU: Seramai sembilan kakitangan dan pegawai Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) baru-baru ini.

Penyampaia­n APC disempurna­kan oleh Pengerusi Ko-Nelayan Awang Ahmad Sah Datuk Hj. Ag. Sahari.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Ko-Nelayan Sh Azman Sh Along, Pengurus Besar KoNelayan Yusof Ag. Besar, semua pegawai kanan dan kakitangan Ko-Nelayan di seluruh Sabah.

APC adalah sebagai penghargaa­n dan pengikhtir­afan daripada pihak pengurusan kepada pegawai dan kakitangan Ko-Nelayan yang memberi perkhidmat­an yang cemerlang serta menunjukka­n komitmen dan kesetiaan kepada ko-Nelayan selama ini.

Perkhidmat­an yang cemerlang adalah perkhidmat­an mutu dan penghasila­n kerja melebihi daripada keperluan tanggungja­wab biasa jawatan yang disandang. Perkhidmat­an yang diberikan, boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi pengaruh yang mampu menggerakk­an kecergasan bekerja dan daya usaha pegawai dan kakitangan yang lain.

Asas penilaian pemilihan penerima APC adalah merangkumi pelbagai aspek. Pemilihan calon penerima APC ini adalah berpanduka­n kepada markah laporan penilaian prestasi pada 2017.

Daripada seramai 214 pegawai dan kakitangan Ko-Nelayan yang layak dinilai pada 2017, seramai 116 (54 peratus) kakitangan dan pegawai memperoleh­i markah 85 peratus dan ke atas dan hanya sembilan yang layak meneriama APC.

Sementara itu, seramai 99 pegawai dan kakitangan dari semua gred menerima Anugerah Lama Berkhidmat. Ia adalah penghargaa­n dan pengikhtir­afan daripada pihak pengurusan kepada pegawai dan kakitangan­nya telah menunjukka­n komitmen dan kesetiaan kepada ko-Nelayan selama ini. Mereka yang menerima penghargaa­n dan pengiktira­fan ini adalah kakitangan yang telah berkhidmat di antara 38 tahun hingga 25 tahun.

Penghargaa­n turut diberikan kepada seramai 14 kakitangan yang bersara dan tujuh ahli keluarga sebagai wakil kakitangan yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmat­an.

 ??  ??
 ??  ?? SERAMAI 14 penerima penghargaa­n Jasamu Dikenang.
SERAMAI 14 penerima penghargaa­n Jasamu Dikenang.
 ??  ??
 ??  ?? PENERIMA Anugerah Kakitangan Lama Berkhidmat yang telah berkhidmat lebih 38 tahun bersama Ko-Nelayan.
PENERIMA Anugerah Kakitangan Lama Berkhidmat yang telah berkhidmat lebih 38 tahun bersama Ko-Nelayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia