Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan pantas pelanggan boleh hentikan penipuan: CIMB Bank berkenaan berjaya menghentik­an transaksi RM2.2 juta minggu lepas

-

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd menggesa mangsa jenayah siber untuk segera menghubung­i bank itu untuk menghentik­an urus niaga apabila mereka menemui apa-apa aktiviti penipuan atau panggilan palsu.

Ketua Pegawai Pematuhan Kwan Keen Yew berkata, minggu lepas bank itu telah berjaya menghentik­an transaksi bernilai RM2.2 juta dan menghalang wang dikeluarka­n daripada akaun bank pelanggan.

“Kami juga membantu pelanggan membuat laporan polis sebaik sahaja kami menghentik­an transaksi tersebut.

“Bagaimanap­un, ini hanya satu pelanggan. Terdapat banyak kes penipuan yang berlaku setiap hari dan kami menasihatk­an pelanggan agar tidak mudah tertipu dan mudah mempercaya­i panggilan telefon daripada orang tidak dikenali,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Kempen AntiPenipu­an PDRM-CIMB di sini kelmarin.

Kwan berkata, antara penipuan yang ramai orang terperangk­ap ialah pihak ketika menghubung­i mangsa merekadanm­emberitahu­yang mereka tidak membayar cukai barang dan perkhidmat­an atau denda.

“CIMB sedang bekerjasam­a dengan jabatan polis dan jika ia mendapati ada akaun yang digunakan oleh penipu, bank ini akan membuat laporan polis.

“Apabila anda membuka akaun baharu untuk penipu gunakan, anda akan melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah undang-undang,” katanya.

Berdasarka­n statistik polis, Kwan berkata, penipuan yang sering berlaku ialah tawaran pinjaman yang terlalu menarik, ancaman tindakan undang-undang ke atas jenayah yang tidak wujud atau cinta palsu.

“Tahun ini di Lembah Klang sahaja terdapat 1,000 kes dengan kerugian berjumlah RM72 juta.

“Pendidikan berterusan adalah kunci untuk menghalang orang ramai daripada menjadi mangsa dan kami telah memulakan kempen yang sama untuk mendidik pelanggan kami,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia