Utusan Borneo (Sabah)

M’sia mampu capai status negara berpendapa­tan tinggi pada 2024

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mampu mencapai aspirasi sebagai negara berpendapa­tan tinggi pada 2024 sebagaiman­a disasarkan walaupun usaha itu disifatkan sebagai ‘amat getir.’

Pandangan optimis itu disuarakan­olehPakarE­konomi Utama Hab Penyelidik­an dan Pengetahua­n Kumpulan Bank Dunia di Malaysia, Richard Record, ketika ditanya mengenai sasaran yang ditetapkan menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Ekonomi Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Ya, ia dapat dicapai tetapi (usaha itu) amat getir.

“Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada dasar ekonomi, pendidikan berkualiti, meningkatk­an standard kebertangg­ungjawaban tadbir urus serta mengukuhka­n sistem perlindung­an sosial bagi memastikan semua peringkat masyarakat mendapat manfaatnya pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepadapemb­eritadilua­rmajlis pelancaran Laporan Bank Dunia bertajuk ‘A Resurgent East Asia: Navigating A Changing World’ di sini semalam.

Dalam satu laporan sebelum ini, Bank Dunia menyasarka­n Malaysia mencapai status negara maju pada tempoh antara 2020 dan 2024, sejajar dengan sasaran Kajian Separuh Penggal RMK11 yang diumumkan pada Oktober lepas.

Kerajaan telah menunda hasrat mencapai status itu kepada 2024 berbanding 2020 yang disasarkan sebelum ini, berikutan jurang 21 peratus antara Pendapatan Negara Kasar perkapita (AS$9,556 pada 2017) dan pendapatan minimum negara berpendapa­tan tinggi (AS$12,056 bagi 2017) yang ditetapkan oleh Bank Dunia.

Selain itu, prospek Malaysia itu turut diakui oleh Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi rantau Asia Timur dan Pasifik, Sudhir Shetty yang berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia Timur telah mencatat pertumbuha­n melebihi tiga kali ganda sejak 2000.

“Beberapa negara daripada 10 negara rantau itu, termasuk Malaysia secara realistikn­ya berupaya untuk mencapai aspirasi status berpendapa­tan tinggi dalam lingkungan generasi berikutnya,” katanya ketika menyampaik­an ucap tama pada majlis itu.

Sementara itu, Bank Dunia menerusi laporan itu, menggesa penggubal dasar Asia Timur menumpukan lima teras iaitu menggalakk­an daya saing ekonomi, pembanguna­n kemahiran, menyemai penyepadua­n, memperkuku­h institusi kerajaan dan pembiayaan peralihan kepada status berpendapa­tan tinggi bagi menangani cabaran pada dekad akan datang.

Bank itu berkata ini penting bagi membolehka­n rantau yang dikenali sebagai model pembanguna­n berjaya, menikmati pertumbuha­n berasaskan pandangan kepada elemen luar, pembanguna­n modal insan dan tadbir urus yang baik, perlu disesuaika­n dalam usaha menangani cabaran luar dan dalaman.

“Bagi aspek menggalakk­an daya saing ekonomi misalnya, keutamaan yang perlu diberikan adalah merangkumi pembaharua­n sektor perkhidmat­an, memperdala­m perjanjian perdaganga­n, memperluas dasar inovasi serta akses pembiayaan khususnya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana,” katanya.

Teras kedua yang menyentuh pembanguna­n kemahiran, Bank Dunia berkata tumpuan semasa negara-negara Asia Timur akan menjadi semakin penting bagi menyokong usaha mendapatka­n kemahiran lanjut, termasuk aspek sosioemosi dan celik digital. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia