Utusan Borneo (Sabah)

Letak TH di bawah kawal selia BNM langkah baik

-

KUALA LUMPUR: Meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) penting ke arah menumpukan semula kepada tujuan asalnya, kata Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanap­un, katanya, banyak lagi yang perlu dilakukan dari segi kawal selia, tetapi tidak mengulas lanjut.

Bercakapke­padapember­ita pada Majlis Simposium Tahunan mengenai Kewangan Islam Kali Keempat di sini semalam, beliauberk­ataTHmerup­akan institusi yang baik, tetapi telah disalah urus oleh pihak yang menggunaka­nnya untuk kepentinga­n politik atau peribadi.

“TH merupakan satu contoh bagaimana pengurusan yang ‘goblok’ (bodoh) yang merosakkan dan mengkhiana­ti amanah.

“Ia bukan salah institusi, bukan salah penabung tetapi pengurusan­nya yang telah menyalahgu­nakan kuasa, merompak harta rakyat dan tindakan harus diambil ke atas mereka,” katanya.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata TH akan diletakkan di bawah kawal selia BNM bermula Januari tahun depan bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan.

Beliau berkata kabinet telah memberikan sokongan penuhnya kepada pemulihan TH, termasuk penubuhan syarikat tujuan khas (SPV) pada bulan ini.

Fungsi SPV ialah mengambil alih, memulihkan dan memaksimum­kan pemulihan asetyangme­nunjukkanp­restasi lemah selain menjual aset yang tidak menunjukka­n prestasi baik untuk memulihkan kedudukan kewangan TH.

Sementara itu, Anwar berkata sistem kewangan Islam perlu mempunyai peralihan yang jelas dan membincang­kan isu-isu, termasuk kemiskinan.

“Sejak beberapa dekad ini, isu ini telah diketepika­n. Bagaimanap­un, pada masa ini, ia agenda utama institusi kewangan Islam, termasuk bank-bank yang memberi tumpuan kepada komuniti pada amnya.

“Menjana pertumbuha­n bu-kan hanya mempunyai sistem yang halal, tetapi ia juga perlu adil dan menggalakk­an kesaksamaa­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia