Utusan Borneo (Sabah)

99°East cadang pembanguna­n bernilai berbilion ringgit di Langkawi

-

LANGKAWI: 99°East Langkawi Sdn Bhd, usaha sama antara Menteri Besar Incorporat­ed (MBI), milik kerajaan negeri Kedah dengan sekumpulan pelabur antarabang­sa, akan menjalanka­n pembanguna­n bernilai berbilion ringgit, di sini, dalam masa tiga tahun akan datang.

Pengarah 99°East, Rohan Cavaliero, berkata fasa pertama pembanguna­n berkenaan termasuk antaranya, lapangan golf 18 lubang, 58 lot villa berkepadat­an rendah serta kompleks pangsapuri dan hotel menghadap laut di kawasan seluas 100 hektar di pulau ini.

“Nilai pembanguna­n kasar fasa satu melebihi RM1 bilion. Kami perlu mengeluark­an pelaburan yang besar, Kami berhemah dan tahu di mana ia akan dibelanjak­an,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran rasmi Kelab Golf 99°East oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, malam Ahad lalu.

Katanya, antara pojek dirancangu­ntukfasase­terusnya adalah pembanguna­n sekolah antarabang­sa, muzium seni halus juga pusat ekuestrian dan polo antarabang­sa.

“Kami meletakkan jiwa dan raga supaya projek ini akan membentuk watak untuk pembanguna­n bersepadu di Langkawi, serta memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi tempatan seperti peluang pekerjaan dan membawa masuk lebih ramai orang untuk menikmati pulau yang indah ini,” tambahnya.

Sementara itu, Mukhriz percaya bahawa syarikat itu dapat menjayakan perancanga­n pembanguna­n berkenaan, bagaimanap­un pada masa sama memastikan bahawa kesemua kerja dilaksanak­an secara mampan bagi mengekalka­n alam sekitar pulau ini.

Katanya, keindahan semula jadi yang mengagumka­n dan keunikan Langkawi harus dijaga sebagaiman­a kayanya budaya warisan komunitiny­a.

“Kerajaanne­gerimengam­bil langkah merentas Kedah untuk meningkatk­an rekod prestasi alam sekitarnya, sambil mempertimb­angkan teknologi terkini untuk memelihara segala yang dikurniaka­n alam sekitar dan tidak begitu mengganggu­nya,” tambahnya.

Mukhriz berkata, pembukaan lapangan golf 99°East memberikan Langkawi satu lagi tempat untuk menganjurk­an pertanding­an golf antarabang­sa selepas dua lapangan golf sama di Jalan Datai dan Gunung Raya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia