Utusan Borneo (Sabah)

Aliran penumpang MAHB naik 3.8 peratus pada November

-

KUALA LUMPUR: Aliran penumpang di rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) termasuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen (SGIA) di Istanbul, mencatat pertumbuha­n 3.8 peratus kepada 11.0 juta pergerakan pada November lepas berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menurut MAHB, pertumbuha­nitudidoro­ngoleh pelancaran laluan penerbanga­n baharu bagi sektor domestik dan antarabang­sa serta tambahan kekerapan dan operasi syarikat penerbanga­n baharu, khususnya di rangkaian lapangan terbang di Malaysia.

“Syarikat penerbanga­n tambang rendah yang berpusat di India, Indigo Airlines serta syarikat penerbanga­n Condor Airlines yang berpejabat di Frankfurt,Jerman,memulakan operasi ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 pada November,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, kelmarin.

Pengendali lapangan terbang itu berkata aliran trafik penumpang antarabang­sa mencatat peningkata­n sebanyak 5.8 peratus kepada 5.2 juta penumpang pada November manakala pergerakan penumpang domestik juga naik 2.0 peratus kepada 5.7 juta.

Bagi asas 12 bulan, rangkaian lapangan terbang MAHB mencatat 132.8 juta pergerakan penumpang atau pertumbuha­n sebanyak 4.2 peratus yang merupakan aliran tertinggi setakat ini.

“Jumlah trafik pesawat juga meningkat sebanyak 5.3 peratus dengan pergerakan pesawat antarabang­sa dan domestik masing-maisng mencatat peningkata­n 6.1 peratus dan 4.8 peratus berbanding November 2017,” kata MAHB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia