Utusan Borneo (Sabah)

Scientex meterai perjanjian untuk penguasaan pegangan dalam Daibochi

-

KUALA LUMPUR: Pengilang pembungkus­an Scientex Bhd telah menandatan­gani perjanjian penjualan saham bersyarat (CSSA) bagi pengambila­lihan 139.1 juta saham atau 42.4 peratus kepentinga­n dalam Daibochi Bhd untuk RM222.5 juta berikutan perjanjian induk yang ditandatan­gani pada 14 November.

Pertimbang­an pembelian itu bersamaan dengan RM1.60 sesaham jualan dan akan dipenuhi melalui pertukaran saham dengan terbitan satu saham Scientex baharu untuk setiap 5.5 saham Daibochi yang dimiliki oleh vendor.

Apabila memenuhi syarat CSSA, Scientex akan membuat tawaran pengambila­lihan mandatori untuk memperoleh semua baki saham dan waran dalam Daibochi.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Scientex berkata, cadangan itu dijangka selesai menjelang suku kedua 2019 dan akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2019 dan seterusnya.

Pengarah Urusan Lim Peng Jin berkata, penggabung­an itu akan membawa syarikat itu satu langkah lebih dekat ke arah mengintegr­asikan dua gergasi serantau yang hebat kepada pemain global yang mempunyai sumber daya yang baik.

“Selain itu, integrasi ini akan membolehka­n Kumpulan Scientex diperbesar­kan untuk menawarkan penyelesai­an pembungkus­an plastik yang lebih komprehens­if untuk menyokong keperluan pembungkus­an yang luas kepada pelanggan dan dengan itu memperkuku­h keupayaan dan daya saing kami,” katanya.

Apabila selesai pengambila­lihan tersebut, Scientex merancang untuk mengekalka­n status penyenarai­an Daibochi di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Bhd, dan mengekalka­n semua pengurusan dan kakitangan operasinya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia