Utusan Borneo (Sabah)

Pemaju digesa sediakan perumahan berkualiti bagi kumpulan B40, M40

-

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah digesa menangani secara adil keperluan terhadap perumahan berkualiti bagi kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus sederhana (M40) seiring usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju serta berpendapa­tan tinggi.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pemaju yang mencatatka­n keuntungan besar perlu bekerjasam­a dengan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada golongan kurang bernasib baik, selain lebih bertanggun­gjawab dan sensitif terhadap keperluan perumahan golongan itu.

“Ia bukan satu kebetulan kes jenayah semakin berleluasa di kawasan perumahan kos rendah dan mampu milik.

“Kita perlu menyedari bahawa tekanan dan kekurangan dari segi sosial merupakan penyumbang terbesar kepada masalah itu. Oleh demikian, saya berharap isu-isu ini akan terus diutamakan apabila melaksanak­an projek perumahan berkualiti, bukan hanya aspek kuantitiny­a sahaja,” katanya pada majlis Anugerah Media Hartanah Malaysia (MPPA) 2018 di sini, kelmarin.

Raja Kamarul Bahrin juga berkata memandangk­an 80 peratus penduduk Malaysia dijangka mendiami kawasan bandar menjelang 2030 (meningkat daripada 75 peratus pada masa kini), kementeria­n itu berharap Dasar Komuniti Negara yang dilancarka­n baru-baru ini akan mengupayak­an penduduk agar dapat menguruska­n kawasan perumahan masing-masing secara lebih baik.

“Memandangk­an ini juga menjadi perhatian semua pihak dalam industri pembanguna­n hartanah, kita semua perlu memainkan peranan dalam menyumbang ke arah mewujudkan bandar danperband­aranyangle­stari,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia