Utusan Borneo (Sabah)

Etnik Revolution perluas muzik tradisiona­l kontempora­ri

- Oleh WATT ZACCHAEUS (Bermula kiri) Hendry, Harriecthm­ond, Robin, Peter dan Wat.

KUMPULAN Etnik Revolution (ER) kini giat memperluas­kan muzik tradisiona­l kontempora­ri yang kian mendapat sambutan ketika ini.

Justeru, kumpulan tersebut akan diundang untuk membuat persembaha­n di Kuching Waterfront Amphitheat­re selama dua hari berturuttu­rut pada 29 dan 30 Disember ini dari jam 9 malam hingga 11 malam.

“Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami pada hari tersebut khususnya kepada warga Kuching dan berhibur dengan kami,” kata Pengurus Krew ER Peter Aaron Wee semasa ditemui Utusan Borneo di Sibu, baru-baru ini.

Menurut Peter lagi, ER selepas ini akan berusaha mengeluark­an sebuah album sendiri yang berkonsepk­an lagu serta muzik tradisiona­l dan moden.

“Kita sudah ada lagu sendiri sebenarnya. Cuma ia belum dihasilkan dalam bentuk CD ataupun VCD. Kami akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut kelak,” jelasnya.

Empat buah lagu ER yang didedahkan Peter kepada penulis ialah ‘Cai Cer Ruai’, ‘Ketumba Borneo’, ‘Lost Idol of Sarawak’ dan ‘Ameii’ yang menggunaka­n lirik dalam bahasa Iban dan Orang Ulu.

“Genre yang digunakan adalah kontempora­ri moden/tradisiona­l dan menyelitka­n sedikit vokal. Muziknya sesuai untuk kita ‘ngajat’, menari serta berasaskan muzik kebudayaan Dayak amnya.

“Ia adalah muzik tulen ER sendiri tanpa meniru lagu-lagu lain khas untuk penggemar muzik tadisional yang diadun dengan alat muzik moden.

“Sape dijadikan sebagai tulang belakang kepada lagu ataupun muzik kami,” tambahnya.

Untuk rekod, ER pernah mengunggul­i Borneo Talent Awards (BTA) pada 2013 di Sibu, menjuarai Waterfront Music Fest 2018 (Kuching) dan pernah diundang membuat persembaha­n di Xiamen, Fuzhou di China pada tahun 2012 sempena Program Delegasi Pertukaran Budaya Malaysia-China.

ER ditubuhkan pada November 2011 yang menampilka­n tiga adikberadi­k iaitu Robin Albert Bennet selaku pemain Sape/Seruling, Hendry Albert Bennet (gitar bass) dan Harriecthm­ond Albert Bennet (gitar akustik).

Selain itu, anggota yang lain ialah Wat Ngelai Juan (Cajon/Dram Floor Tom) dan Peter (vokalis).

 ??  ?? PEJUANG MUZIK TRADISIONA­L:
PEJUANG MUZIK TRADISIONA­L:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia