Utusan Borneo (Sabah)

Penjenamaa­n semula tarik penyertaan lebih ramai artis

-

YAYASAN Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mengambil inisiatif menjenamak­an semula Program Khairat Kematian bagi menarik lebih ramai golongan artis mengenai kepentinga­n menyertai program itu.

Pengerusi YKAT Datuk DJ Dave berkata program skim itu adalah kesinambun­gan usaha yang dimulakan mereka sejak 2012 dalam memastikan nasib golongan seni terbela apabila mereka meninggal dunia memandangk­an ramai artis yang masih tidak tahu mengenai kewujudan program sedemikian yang ditawarkan oleh YKAT.

“Kerja anak seni ini, tidak ada gaji tetap dan tidak semua ada duit untuk menguruska­n kematian yang kita tahu harganya boleh membebanka­n ahli keluarga yang ditinggalk­an.

“Jadi, ini adalah sebahagian daripada persediaan mereka malah menjadi keperluan agar jenazah mereka dapat disempurna­kan dengan baik dan kebajikan keluarga yang ditinggalk­an terjamin,” katanya kepada pemberita pada majlis Penjenamaa­n Semula Program Khairat Kematian YKAT di sini, baru-baru ini.

Melalui program Penjenamaa­n Semula Khairat Kematian YKAT, golongan artis hanya perlu membayar yuran tahunan RM100 setahun.

Antara faedah yang bakal mereka peroleh adalah bantuan pengebumia­n RM1,500, upah badal haji, wang khairat kematian RM3,000 kepada pewaris, RM10,000 kepada pewaris jika ahli meninggal kerana kemalangan serta pencen keilatan sehingga RM10,000 jika mengalami cacat separa dan keseluruha­n pakej bernilai RM6,000.

Dave menambah, pakej Khairat Kematian KYAT itu dilakukan dengan kerjasama syarikat BumiJez Sdn Bhd, di mana ia akan memudahkan pengurusan jenazah yang bermula daripada soal dimandikan, dikafankan dan dikebumika­n dengan sempurna.

“Program ini juga terbuka kepada mereka yang bukan beragama Islam agar ia lebih adil dan menyeluruh. Ini kerana komitmen kami turut merangkumi pengurusan kematian dan pengebumia­n rakanrakan artis bukan Islam memandangk­an mereka turut memainkan peranan besar dalam membangunk­an industri seni negara,” katanya.

Dave juga menjelaska­n, antara syarat untuk menjadi pencarum program itu, peserta perlu menjadi ahli persatuan lain seperti Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Persatuan Penerbit Filem Malaysia atau Persatuan Pekerja Profesiona­l Filem Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif BumiJezz, Zainal Haris menyambut baik usaha golongan seni dalam melakukan persediaan yang bukan saja berkaitan diri mereka malah turut melibatkan anggota keluarga mereka setelah berlaku kematian.

“Ini adalah contoh yang baik di mana YKAT menjadikan khairat kematian sebagai satu skim wajib dalam misi persatuann­ya untuk menyediaka­n platform kepada ahli mereka membuat perancanga­n masa hadapan. Kita juga teruja dengan komitmen mereka untuk membuka keahlian program ini kepada artis bukan Islam dan had umur juga ditingkatk­an iaitu daripada 18 hingga 70 tahun berbanding 65 tahun. — Bernama

 ??  ?? Penyanyi Indonesia Marion Jola tiba di acara permaidani merah sempena Mnet Asian Music Awards (MAMA) yang diadakan di Seoul pada Isnin.
Penyanyi Indonesia Marion Jola tiba di acara permaidani merah sempena Mnet Asian Music Awards (MAMA) yang diadakan di Seoul pada Isnin.
 ??  ?? DJ DAVE
DJ DAVE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia