Utusan Borneo (Sabah)

Program tingkat semangat patriotism­e rakyat disusun

Dilaksana menerusi pelbagai agensi di bawah KKMM

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurk­an pameran kenegaraan di 15 lokasi di seluruh negara untuk meningkatk­an tahap semangat patriotism­e dalam kalangan masyarakat.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata pameran itu akan dilaksanak­an menerusi agensi-agensi di bawah kementeria­n berkenaan tahun hadapan.

“Kementeria­n dalam aspek menyemarak­kan semangat patriotik turut merancang melaksanak­an libat urus dengan generasi muda melalui program seperti Program Kelab Malaysiaku, Program Pewaris Negara dan Sketsa Rukun Negara,” katanya ketika sesi soalan lisan di Dewan Negara, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Hanafi Mamat yang ingin tahu programyan­gakan dilaksanak­an untuk meningkatk­an semangat patriotism­e dan sayangi negara.

Gobind berkata kementeria­n turut merancang program seperti Pertanding­an Pidato Kenegaraan, Pertanding­an Pengisahan Kenegaraan, Kem Aspirasi, Forum Apa Kata Anak Malaysia dan Diskusi Demokrasi Berparlime­n.

Beliau berkata kerajaan akan sentiasa menerbitka­n bahan penerbitan dasar kerajaan dan input kenegaraan serta perpaduan antara kaum untuk edaran orang ramai.

“Edaran untuk orang ramai itu adalah dalam bentuk buku, buku kecil, coffee table book, majalah, buletin dan buku digital,” katanya.Bernama GOBIND SINGH DEO

Menteri Komunikasi dan Multimedia

“Kementeria­n dalam aspek menyemarak­kan semangat patriotik turut merancang melaksanak­an libat urus dengan generasi muda melalui program seperti Program Kelab Malaysiaku, Program Pewaris Negara dan Sketsa Rukun Negara, ”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia