Utusan Borneo (Sabah)

Penstruktu­ran semula skim pencen hanya libat pegawai lantikan baharu

-

KUALA LUMPUR: Penstruktu­ran semula skim pencen penjawat awam hanya akan melibatkan pegawai lantikan baharu dan bukan penerima pencen sedia ada, persidanga­n Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

TimbalanMe­nteridiJab­atan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata kerajaan memberi jaminan segala bentuk penstruktu­ran dan kajian terhadap faedah persaraan dan skim pencen penjawat awam tidak akan memberi kesan kepada faedah persaraan dan kemudahan sedia ada walaupun kerajaan mengalami kekangan kewangan.

“Sehingga Oktober 2018, kerajaan menanggung seramai 824,235 penerima pencen dengan jumlah tanggungan dari Januari hingga Oktober 2018 adalah RM24 bilion.

“Sekiranya penstruktu­ran skim pencen dilaksanak­an, ia hanya akan melibatkan pegawai lantikan baharu sahaja dan tidak melibatkan penjawat awam yang telah menerima pencen serta tidak akan menjejaska­n segala kemudahan dan faedah yang mereka nikmati selama ini,” katanya menjawab pertanyaan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menstruktu­rkan semula skim pencen penjawat awam.

Dr Md Farid berkata pada masa sekarang kajian penstruktu­ran belum dimuktamad­kan namun kerajaan sentiasa terbuka menerima cadangan untuk mencari formula terbaik dalam menangani perkara dengan memastikan kebajikan penjawat awam terus dipelihara.

Bagi menjawab soalan tambahan Jamilah berhubung jangkaan tempoh kajian, beliau berkata kerajaan sedang menjalanka­n kajian bagi memperkasa­kan perkhidmat­an awam yang penstruktu­ran semula skim pencen penjawat awam turut dijalankan secara bersekali dengan kajian tersebut dan dijangka mengambil masa dua tahun bermula 2019. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia