Utusan Borneo (Sabah)

APM Johor terima 13 aset baharu mantapkan kecekapan operasi bencana

-

ISKANDAR PUTERI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor menerima 13 aset baharu bernilai RM2.27 juta bagi memantapka­n kecekapan operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam di negeri ini khususnya banjir.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani berkata agensi berkenaan turut menerima 1,500 unit Kit Makanan (KM) Bencana bernilai RM105,000 daripada LembagaPem­asaranPert­anian Persekutua­n (Fama) sebagai makanan permulaan kepada keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan bencana.

“Kesemua perolehan aset menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu membabitka­n sebuah lori model Tatra seberat tujuh tan, sebuah lori model Iveco seberat lima tan, tujuh bot penyelamat jenis aluminium berserta enjin 60 kuasa kuda serta empat bot penyelamat pantai jenis getah (inflatable) berserta enjin 40 kuasa kuda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahka­n aset dari kerajaan pusat di Kota Iskandar, di sini pada Selasa yang turut dihadiri Pengarah APM Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Dr Badrul Hisham Kassim.

Bernama

Azmi berkata penyerahan kesemua aset dan kit makanan tersebut menunjukka­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah dalam fasa kesiapsiag­aan bagi menghadapi kejadian banjir khususnya Monsun Timur Laut dari November lepas hingga Mac depan.

Beliau berkata kesemua aset dan kit makanan kemudian diagihkan ke seluruh daerah di negeri ini.

“Berdasarka­n ramalan daripada Jabatan Meteorolog­i Malaysia, Johor akan mengalami satu hingga dua luruan monsun yang boleh mengakibat­kan banjir. Dengan penyerahan 13 aset ini, kerajaan negeri yakin ia dapat memperkasa­kan lagi jentera pengurusan bencana sekiranya berlaku bencana khususnya banjir,” katanya.

Menurut Azmi, selain 13 aset terbaharu itu, sebanyak 237 aset sedia ada merangkumi 89 lori dan 148 bot bersama 5,107 anggota penyelamat terdiri daripada APM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kesihatan Johor turutbersi­apsiagamen­ghadapi banjir.

Katanya aset-aset daripada agensi sokongan turut boleh digerakkan mengikut keperluan termasuk daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Sukarelawa­nMalaysia,Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.- Bernama

 ??  ?? AZMI (dua, kanan) melihat bot aluminium berserta enjin 60HP pada majlis Penyerahan Aset Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor di Dataran Mahkota pada Selasa. Turut sama Pengarah APM Johor Kolonel (PA) Mat Zin Bujang (empat, kanan). -Gambar
AZMI (dua, kanan) melihat bot aluminium berserta enjin 60HP pada majlis Penyerahan Aset Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor di Dataran Mahkota pada Selasa. Turut sama Pengarah APM Johor Kolonel (PA) Mat Zin Bujang (empat, kanan). -Gambar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia